• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Black Shark GT3, jam pintar dengan pembantu AI dan Shark GPT

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 1:38 pm
  • 25/03/2024
  • Komen
240325 Black Shark GT3
Share on FacebookShare on Twitter

Black Shark, jenama yang popular dengan telefon pintar gaming telah melancarkan jam pintar baharu mereka, GT3. Kali terakhir jenama ini melancarkan produk jam pintar adalah pada Ogos tahun lepas, yang merupakan koleksi jam pintar pertama mereka.

Harga dan promosi

Black Shark GT3 telah mula dijual di Malaysia pada harga RM249. Ia boleh dibeli melalui gedung rasmi Black Shark di Lazada atau Shopee. Bagi menarik lebih ramai pembeli, Black Shark menawarkan hadiah fon putik TWS M3 untuk 50 pembeli terawal Black Shark GT3.



240325 Black Shark GT3

Spesifikasi Black Shark GT3

GT3 menampilkan skrin petak AMOLED 1.96-inci, beresolusi 410×502 piksel atau 332 PPI, kadar segar semula setinggi 60Hz dengan kecerahan puncak 600 nits. Sarung metaliknya diperbuat daripada aloi zink dengan pilihan warna hitam (tali jam kulit hitam) atau perak (tali jam kulit coklat). Tali jam silikon turut diberikan bersama.

Ia memiliki fungsi panggilan Bluetooth dengan penyaring hingar (ENC) yang dapat memastikan kualiti panggilan lebih jelas. Kapasiti bateri 250mAh boleh bertahan sehingga 10 hari masa penggunaan.



GT3 yang kalis air dan debu IP68 ini memiliki lebih 100 mod sukan seperti berbasikal, berjalan kaki atau mendaki tetapi ia tiada GPS terbina di dalam. Ia juga menawarkan pelbagai fungsi pemantau kesihatan seperti kadar degupan jantung, tahap oksigen, tahap tekanan dan sebagainya. GT3 juga ada fungsi AI Watch Face yang membolehkan anda menggunakan muka jam tangan diperibadikan dengan bantuan AI dan bantuan Shark GPT.

240325 Black Shark GT3

Bacaan berkaitan:

  • Xiaomi Watch 2 Malaysia: Jam pintar WearOS, sokong lebih 200 aplikasi dari RM769
  • Garmin Lily 2, jam pintar fesyen bergaya dengan pemantau kesihatan buat wanita
  • Fossil henti pengeluaran jam pintar Wear OS, Gen 6 versi terakhir yang dihasilkan
Tags: aiblack sharkblack shark GT3Jam Pintar
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240325 Black Shark GT3

Black Shark GT3, jam pintar dengan pembantu AI dan Shark GPT

25 March 2024
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN