• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

EnrichMoney kini sokong DuitNow QR, tawar pulangan tunai sehingga RM888

  • OLEH Najib
  • 12:16 pm
  • 25/03/2024
  • Komen
EnrichMoney kini sokong DuitNow QR, tawar pulangan tunai sehingga RM888
Share on FacebookShare on Twitter

eWallet EnrichMoney oleh Malaysia Airlines, akhirnya menambah sokongan DuitNow dan DuitNow QR. Ini menjadikannya eWallet dengan fungsi lebih berguna, membenarkan pengguna berbelanja di mana-mana peniaga yang memaparkan kod QR DuitNow.

EnrichMoney telah lama menyediakan kad prabayar fizikal Visa dengan dompet berbilang-matawang yang boleh digunakan di peniaga Visa seluruh dunia. Dengan fungsi baru ini, ia meluaskan lagi sokongan pembayaran kepada lebih 1.8 juta peniaga DuitNow QR di Malaysia.



Cara membayar DuitNow QR dengan EnrichMoney

Untuk mula menggunakan fungsi DuitNOw QR, pastikan aplikasi EnrichMoney dikemaskini kepada versi terbaharu, menerusi Apple AppStore dan Google PlayStore. Butang SEND yang besar di bawah sebelum ini, digantikan dengan butang SCAN. Ini membolehkan pengguna mengimbas kod QR menggunakan kamera telefon. Serupa dengan GXBank, anda hanya boleh mengimbas kod QR pada masa tersebut dan tidak boleh menunjukkan kod QR kepada peniaga untuk diimbas.

Tetapi anda boleh menerima penghantaran wang menerusi DuitNow QR daripada pengguna DuitNow lain. Selain mengimbas kod QR DuitNow, anda juga boleh berkongsi kod DuitNow QR kepada orang lain.



Dengan sokongan DuitNow, anda kini boleh menetapkan akaun EnrichMoney untuk menerima penghantaran wang menerusi nombor telefon atau nombor kad pengenalan. Anda juga boleh melakukan perkara yang sama kepada pengguna DuitNow lain.

Promosi Pulangan Tunai EnrichMoney DuitNow QR

Untuk masa terhad sempena Matta Fair 2023, EnrichMoney menawarkan promosi pulangan tunai apabila anda berbelanja menggunakan DuitNow QR, dari sekarang sehingga 30 Mac 2024. Anda akan mendapat pulangan tunai RM10 apabila berbelanja minimum RM20 dalam satu resit menggunakan DuitNow QR.

Tetapi tawaran ini terhad kepada 1,200 transaksi DuitNow QR terawal dan promosi akan tamat apabila had dicapai. Setiap pengguna juga boleh menerima sehingga dua kali pulangan tunai sahaja, terhad kepada RM20 pulangan tunai untuk setiap orang.

Selain itu, EnrichMoney juga memberi ganjaran kepada 10 orang tertinggi berbelanja dengan DuitNow QR sehingga 30 Mac 2024. Jika anda salah seorang dari 10 belanja tertinggi ini, anda akan menerima ganjaran tunai sebanyak RM888 di dalam eWallet EnrichMoney.

Pulangan tunai ini akan dimasukkan ke dalam eWallet EnrichMoney pengguna dalam tempoh 7-hari selepas kempen tamat. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman DuitNow EnrichMoney serta semak laman terma dan syarat promosi.

Bacaan Berkaitan

  • GXBank kini sokong DuitNow QR, akan perkenal ganjaran rujukan pengguna baru
  • BSN perkenal Dynamic DuitNow Soundbox QR, perkasa peniaga digital di 24 bazar Ramadan
  • BNM: Tiada caj transaksi DuitNow QR untuk peniaga kecil dan mikro buat masa ini
Tags: duitnowDuitNow QRenrichmoneyeWalletMalaysia Airlines
Najib

Najib

POPULAR

EnrichMoney kini sokong DuitNow QR, tawar pulangan tunai sehingga RM888

EnrichMoney kini sokong DuitNow QR, tawar pulangan tunai sehingga RM888

25 March 2024
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN