• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

BSN perkenal Dynamic DuitNow Soundbox QR, perkasa peniaga digital di 24 bazar Ramadan

  • OLEH Najib
  • 1:31 pm
  • 24/03/2024
  • Komen
BSN perkenal Dynamic DuitNow Soundbox QR, perkasa peniaga digital di 24 bazar Ramadan
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi menyokong perniagaan digital dan pembayaran tanpa tunai, Bank Simpanan Nasional (BSN) telah melancarkan terminal pembayaran digital tanpa tunai, BSN DuitNow QR Soundbox. Ia dihasilkan dengan kerjasama Tech Hunter Global Sdn Bhd (PayHunter) sejajar dengan rancangan Geran Digital PMKS Madani (GDPM) kerajaan untuk meningkatkan penyelesaian digital bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Kempen #TechMeToBazaar 2.0

Pelancaran ini diadakan serentak dengan kempen #TechMeToBazaar 2.0 di Bazar Ramadan Jalan Kuching. Ini merupakan kesinambungan kepada kempen #TechMeToBazaar tahun lepas di Bazar Ramadan TTDI, memperkasakan perniagaan digital untuk peniaga bazar dengan bantuan BSN dan PayHunter.



Dalam kempen #TechMeToBazaar 2.0, peniaga Bazar Ramadan sedia ada dan baharu berpeluang mendaftar sebagai pedagang BSNeBiz. Lebih baik lagi, BSN dan PayHunter menyediakan terminal BSN DuitNow QR Soundbox kepada semua peniaga di 24 bazar Ramadan di Kuala Lumpur secara percuma.

Dynamic BSN DuitNow QR Soundbox

Di acara yang sama, BSN dan PayHunter turut memperkenal model terminal pembayaran baharu, Dynamic BSN DuitNow QR Soundbox. Terminal ini dinaik taraf dengan ciri baharu seperti, peniaga boleh memasukkan harga jualan terus ke dalam Soundbox yang kemudiannya menjana kod QR secara automatik. Pelanggan boleh terus mengimbas kod QR atau menggunakan kad untuk pembayaran. Terminal pembayaran baru ini akan dilancarkan pada suku kedua tahun ini.



Dynamic BSN DuitNow QR Soundbox (kiri) dan BSN DuitNow QR Soundbox (kanan)

Jay Khairil, Ketua Eksekutif BSN, mengulas, “Kerjasama dengan PayHunter membuktikan komitmen kami terhadap peningkatan produktiviti dan pertumbuhan perniagaan dalam kalangan PMKS menerusi transformasi digital. Pengenalan peranti ini adalah ciri yang memudahkan lagi proses pembayaran. Sebagai sebuah institusi kewangan yang dimandatkan, kami komited dalam memperkasakan PMKS melalui geran digital PMKS Madani, memastikan kejayaan mereka sekaligus menyumbang kepada perkembangan ekonomi lebih inklusif.”

Menurut Jenson Wong, Ketua Pegawai Eksekutif Tech Hunter, “Selepas kejayaan bazar Ramadan tahun sebelumnya dan minat rakyat Malaysia yang semakin meningkat dalam transaksi tanpa tunai, PayHunter telah mengambil inisiatif untuk menawarkan peniaga cara yang lebih selamat dan pantas untuk menerima bayaran. Kami mengucapkan terima kasih kepada BSN sebagai penaja kami, pengenalan Dynamic BSN DuitNow QR Soundbox dengan fungsi pembayaran menerusi Kad dan BSN DuitNow QR Soundbox menjadi kenyataan dan dijangka memberikan ketenangan fikiran kepada peniaga semasa menjual produk mereka.”

Untuk maklumat lanjut mengenai terminal pembayaran BSN DuitNow QR Soundbox, anda boleh layari Facebook PayHunter.

Tags: bsnDuitNow QRPayHunter
Najib

Najib

POPULAR

BSN perkenal Dynamic DuitNow Soundbox QR, perkasa peniaga digital di 24 bazar Ramadan

BSN perkenal Dynamic DuitNow Soundbox QR, perkasa peniaga digital di 24 bazar Ramadan

24 March 2024
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN