• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nubia Z60 Ultra boleh didapati di Malaysia dengan kemas kini AI

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:22 pm
  • 04/04/2024
  • Komen
Nubia Z60 Ultra boleh didapati di Malaysia dengan kemas kini AI
Share on FacebookShare on Twitter

Nubia Malaysia mengumumkan varian baharu kepada Nubia Z60 Ultra yang dilancarkan dalam bulan Disember 2023 lalu. Kali ini varian yang diperkenalkan ialah Nubia Z60 Ultra Photographer Edition.

Harga Nubia Z60 Ultra Photographer Edition di Malaysia

Harga rasmi Nubia Z60 Ultra Photographer Edition adalah RM4,499, ia RM200 lebih mahal berbanding varian biasa sewaktu dilancarkan. Namun, dalam tempoh promosi sehingga 3 Mei 2024, anda boleh dapatkannya pada harga RM3,699. Buat yang berminat, pembelian boleh dilakukan melalui gedung dalam talian Nubia di Lazada dan Shopee.



Spesifikasi Nubia Z60 Ultra Photographer Edition

Nubia Z60 Ultra Photographer Edition membawakan rekaan yang istimewa berbanding varian biasa. Bahagian belakangnya dibahagian kepada beberapa segmen. Ada segmen yang menempatkan kamera, ada segmen yang menggunakan kemasan kulit sintetik dwitona, dan ada segmen yang guna pakai kemasan kaca.

Selain kemasan belakang, varian Photographer Edition mempunyai NeoVision AI Imaging yang katanya mempertingkat keupayaan telefon untuk menangkap gambar yang tajam. Manfaat AI juga digunakan pada segi penyuntingan gambar regenerative AI iaitu membuang objek yang tidak dikehendakki daripada gambar.



Macam Galaxy AI di siri Samsung Galaxy, Nubia Z60 Ultra Photographer Edition juga tawarkan ciri terjemahan masa nyata sewaktu perbualan telefon dilakukan.

Selain ciri-ciri tambahan itu, Nubia Z60 Ultra Photographer Editiion masih kekalkan spesifikasi asas seperti telefon yang sedia ada.

Telefon ini dilengkapi tiga lensa kamera belakang sebagai kamera utama, ultralebar, dan telefoto yang masing-masing mengguna pakai sensor 50MP, 50MP dan 64MP. Kamera selfie menggunakan sensor 12MP dan jenis yang tersembunyi disebalik skrin.

Skrin ini adalah daripada jenis AMOLED rata dengan bucu tajam seluas 6.8-inci, memberikan pengalaman skrin penuh yang sangat luas. Skrin ini dilengkapi resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 120Hz, serta kecerahan setinggi 1,500nits.

Prestasi tinggi Nubia Z60 Ultra disalurkan oleh cip Snapdragon 8 Gen 3 terbaru, dengan pemproses grafik Adreno 740. Ia digandingkan bersama RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan dalaman UFS 4.0 sehingga 512GB.

Nubia Z60 Ultra dilengkapi bateri besar 6,000mAh. Ia juga menyokong pengecasan pantas 80W, mengecas menggunakan sambungan USB-C. Tetapi pengecasan wayarles masih tidak disokong.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang telefon ini, layari laman produk Nubia Z60 Ultra.

Bacaan berkaitan

Redmagic 9 Pro dilancar lebih murah, percuma fon putik gaming

Yes 5G lancar promosi pelan tanpa had dan telefon 5G lebih rahmah sempena Hari Kebangsaan

[REVIU] Nubia Neo 5G bukti cip Unisoc boleh kuasakan telefon gaming, tapi ada banyak perkara perlu dikorbankan

Tags: NubiaNubia Z60 Ultra
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Nubia Z60 Ultra boleh didapati di Malaysia dengan kemas kini AI

Nubia Z60 Ultra boleh didapati di Malaysia dengan kemas kini AI

4 April 2024
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER