• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

New Zealand sertai Australia larang penyertaan Huawei dalam rangkaian 5G

  • OLEH Najib
  • 3:55 pm
  • 29/11/2018
  • Komen
Astro bukan lagi monopoli satelit tetapi masih tiada pesaing
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas Australia, kini New Zealand turut mengikut jejak langkah yang sama untuk tidak melibatkan Huawei dalam pembinaan rangkaian 5G di negara mereka. Perkara ini dimaklumkan oleh Spark, syarikat telekomnikasi terbesar di New Zealand.

Menurut jurucakap Spark, kerajaan New Zealand telah menasihatkan mereka untuk tidak menggunakan peralatan Huawei 5G kerana dikhuatiri mengancam keselamatan negara. Agensi perisikan New Zealand, Government Communications Security Bureau (GCSB) mengesahkan perkara tentang nasihat tersebut kepada CNN.



Huawei merupakan salah satu dari syarikat yang telah melabur dan membuat kajian mendalam tentang teknologi rangkaian 5G. Antara syarikat lain yang turut serta dalam perlumbaan menghasilkan rangkaian 5G ialah Ericsson yang berpangkalan di Sweden dan Nokia yang berpangkalan di Finland.

Jurucakap Huawei pula memaklumkan, mereka sedang mengkaji situasi di New Zealand dan akan memberi kerjasama penuh terhadap sebarang kebimbangan yang diutarakan.



Huawei baru-baru ini mengumumkan telah menandatangani 22 kontrak komersial berkaitan rangkaian dan teknologi 5G, tetapi tidak mendedahkan negara atau syarikat yang terlibat di dalam tawaran tersebut.

Tindakan yang diambil oleh New Zealand ini selari dengan hasrat Amerika Syarikat (AS) yang mahu menghasut rakan sekutu seperti Jerman, Jepun, Itali serta Kanada untuk turut serta tidak menggunakan produk Huawei untuk rangkaian 5G di negara mereka. Menurut AS, syarikat China itu kuat dipengaruhi oleh kerajaan China dan dikhuatiri menyalurkan maklumat risikan kerajaan negara lain, terutama maklumat risikan AS dan rakan sekutu.

[Sumber: CNN]

Tags: 5gHuawei
Najib

Najib

POPULAR

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Astro bukan lagi monopoli satelit tetapi masih tiada pesaing

New Zealand sertai Australia larang penyertaan Huawei dalam rangkaian 5G

29 November 2018

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER