• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TNG eWallet akan kenakan caj 1% untuk pembayaran QR di luar negara

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 10:34 am
  • 09/04/2024
  • Komen
240409 TNG eWallet Caj
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula 25 April 2024, Touch ‘n Go eWallet (TNG eWallet) akan mengenakan caj penukaran transaksi luar negara sebanyak 1% jika anda menggunakan eWallet ini untuk pembayaran QR di luar negara.

240409 TNG eWallet Caj

Caj penukaran transaksi luar negara sebanyak 1% dengan TNG eWallet bukanlah caj berasingan. Ia telah dimasukkan ke dalam kadar pertukaran yang anda lihat semasa membuat pembayaran di luar negara. 



Caj 1% baharu itu hanya akan dikenakan ke atas pembayaran QR luar negara. Ini bermakna ia tidak akan memberi kesan kepada pembayaran QR tempatan anda, termasuk kod DuitNow QR. Caj tersebut dikenakan ke atas pembayaran yang dibuat menggunakan sistem pembayaran QR asing seperti Alipay+ (digunakan di China dan Jepun), PromptPay di Thailand, QRIS di Indonesia dan NETS QR di Singapura.

240409 TNG eWallet Caj

Manakala untuk penggunaan kad TNG Visa, tiada penambahan caj yang dikenakan ke atas transaksi luar negara kerana TNG ewallet sudah pun mengenakan caj 1% untuk pembayaran ini sejak dari mula.



Kadar TNG eWallet lebih rendah

Walaupun caj penukaran transaksi luar negara 1% dikenakan, TNG eWallet yakin pengguna TNG eWallet masih akan menikmati antara kadar pertukaran mata wang terbaik untuk transaksi luar negara, biasanya lebih rendah daripada kad kredit.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital, Alan Ni, caj penukaran atau markup FX adalah amalan pasaran untuk semua transaksi luar negara. Jelas beliau, semua bank dan eWallet mengenakan yuran ini atas sebab yang mudah: mereka tidak boleh mengenakan MDR (Merchant Discount Rate) ke atas pedagang luar negara, oleh itu penyedia pembayaran termasuk TNG eWallet akan menaikkan caj untuk memindahkan kos MDR kepada pengguna.

240409 TNG eWallet Caj

Alan juga menyatakan bahawa TNG eWallet telah memansuhkan caj penukaran transaksi luar negara di peringkat awal untuk menggalakkan pembayaran lintas sempadan. Namun, dengan pertumbuhan jumlah transaksi yang tinggi, tidak praktikal dari segi komersial untuk memberi subsidi bagi caj tersebut selamanya. 

Beliau turut berkongsi bahawa TNG eWallet lebih telus kerana pengguna boleh melihat kadar pertukaran yang berkesan secara terus, manakala pengguna kaedah pembayaran lain mungkin perlu menunggu sehingga mereka menerima penyata bulanan untuk melihat maklumat ini.

TNG eWallet kini diterima di lebih daripada 40 negara melalui rangkaian Alipay+. Pasaran rentas sempadan terbesarnya ialah China, dengan lebih daripada 10 juta peniaga. Jepun di tempat kedua, dengan lebih daripada 2 juta titik sentuhan peniaga, termasuk peniaga PayPay kini.

[Sumber: TNG Digital]

Bacaan berkaitan:

  • Duit isteri Zahid AF lesap dari eWallet, ini respons TNG Digital
  • Anda boleh membayar di Jepun menggunakan TNG eWallet, sangat mudah
  • TNG eWallet akan tawar urus niaga emas dan saham dibawah GOinvest
Tags: AlipayAliPay Pluscaj transaksi luar negaraDuitNow QReWalletTNG Digitaltng ewalletTouch n Go eWallet
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240409 TNG eWallet Caj

TNG eWallet akan kenakan caj 1% untuk pembayaran QR di luar negara

9 April 2024
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

29 July 2026
BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

30 July 2026
Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

31 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN