Asus Malaysia hari ini mengumumkan dua laptop terbaharu dalam siri Vivobook S. Sebanyak dua varian boleh dipilih pengguna iaitu Vivobook S 14 dan Vivobbok S16. Ia menerima kemas kini pada segi cip pemproses, panel paparan, dan sedikit naik taraf pada bahagian pad sesentuh.
Harga Asus Vivobook S 14 & S 16 OLED di Malaysia
Vivobook S 14 dan Vivobook S 16 akan mula dijual di Malaysia pada 29 April 2024 ini pada harga masing-masing bermula RM4,399 dan RM4,699 bergantung kepada konfigurasi cip pemproses.
Bermula hari jualan sehingga 19 May, setiap pembelian laptop ini akan diseertakan sekali hadia Sony SRS-XB100 Portable Wireless Speaker bernilai RM259.
Untuk Vivobook S 16, varian paling tinggi iaitu yang ada RAM 16GB LPDDR5X beserta storan 1TB akan dijual di kemudian hari, sebelum Julai 2024.
Spesifikasi Asus Vivobook S 14 & S 16 OLED
Vivobook S 14 dan S 16 OLED adalah dua laptop yang mirip, bezanya adalah pada saiz skrin. S14 menggunakan panel paparan OLED 14” WUXGA (1920 x 1200) dengan kadar segar semula 60Hz sementara S16 dilengkapi panel OLED 3.2K berkadar segar semula 120Hz.
Salah satu perkara menarik laptop ini adalah ia adalah antara produk Asus pertama yang ada kekunci Windows Co-Pilot.
Tambah menarik, papan kekunci laptop ini ada lampu latar RGB yang berikannya tampak seperti sebuah laptop gaming.
Atas papan utama, Vivobook S 14 & S 16 diperkasa Intel Core Ultra 5 125H ataupun Intel Core Ultra 7 155H. Cip tersebut digandingkan bersama RAM 16GB dan storan 512GB.
Mempunyai jisim 1.5kg, Asus katakan yang varian 16” mereka adalah laptop paling ringan di Malaysia dalam kelasnya. Varian 14” pula dilaporkan mempunyai berat 1.3kg. Walaupun ringan, kedua-dua laptop ini melepas piawiaan ketenteraan untuk beri jaminan tahan lasak padanya.
Sistem bateri berkapasiti 75Whr membekalkan tenaga pada laptop ini dan ia dicas melalui port USB-C yang disediakan. Bercakap tentang port USB-C, kelengkapan penyambungan yang disediakan adalah baik.
Anda terima dua port USB-C yang menyokokng USB4, 2 USB-A, 1 HDMI bersaiz penuh, pembaca kat mikro-SD dan jek audio 3.5mm.
Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.