• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

KWSP struktur Akaun Fleksibel turut liputi caruman sukarela

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:09 am
  • 02/05/2024
  • Komen
KWSP struktur Akaun Fleksibel turut liputi caruman sukarela
Share on FacebookShare on Twitter

KWSP akan melaksanakan struktur akaun dan pecahan caruman baharu bermula 11 Mei 2024 ini. Terdapat beberapa perkara yang telah mereka perjelaskan, contohnya pecahan caruman Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera, dan Akaun Fleksibel. Kemudian, kita juga tahu tentang berapa dividen yang dinikmati. Info terkini adalah berkenaan caruman sukarela.

Caruman sukarela turut gunakan nisbah 75:15:10

KWSP telah menjawab pertanyaan kami yang diajukan menerusi X. Mereka mengesahkan yang caruman sukarela turut akan dikreditkan mengikut nisbah 75:15:10 iaitu Akaun Persaraan (75%), Akaun Sejahtera (15%), dan Akaun Fleksibel (10%).



@chapree.

Untuk makluman, pecahan caruman baharu termasuk Caruman Pilihan Sendiri ( Self-Contribution ) yang diterima selepas tarikh kuat kuasa akan dikreditkan mengikut nisbah 75:15:10 iaitu Akaun Persaraan (75%), Akaun Sejahtera (15%) dan Akaun Fleksibel (10%).

TQ.
-ZHS-

— KWSPMalaysia (@KWSPMalaysia) April 30, 2024

Buat pengetahuan anda, KWSP membenarkan orang bekerja sendiri yang tidak mempunyai kewajiban untuk mencarum KWSP masih menikmati kadar dividen yang tinggi kumpulaan wang persaraan itu melalui program i-Saraan.

Syarat untuk menyertai skim i-Saraan adalah seperti berikut:



  • Mendaftar sebagai ahli KWSP;
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 60 tahun ke bawah;
  • Individu yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap, anggota perkhidmatan awam dalam skim perkhidmatan berpencen serta pekerja sektor ekonomi gig.

Salah satu kelebihan caruman sendiri melalui i-Saraan adalah pencaruma boleh menikmati Insentif Khas kerajaan iaitu pihak kerajaan akan memasukkan tambahan 15% ataupun maksimum RM500/tahun (RM5,000 had seumur hidup) berdasarkan jumlah caruman pada tahun itu.

Contohnya, sekiranya anda mencarum sebanyak RM5,000 untuk tahun 2024, anda layak untuk terima RM500 daripada kerajaan ke dalam akaun anda pada tahun itu.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai i-Saraan, layari laman rasmi produk untuk lanjut.

Bacaan berkaitan

Ini kadar dividen Akaun Fleksibel menurut KWSP

KWSP benarkan satu kali pindahan dari Akaun 2 ke Akaun 3, mengikut terma & syarat

KWSP umum Akaun Fleksibel, caruman ahli diubah kepada 3 Akaun mulai 11 Mei

Akaun 3 KWSP: Kelebihan dan kekurangannya, serta pandangan orang ramai

Tags: Akaun 3Akaun Fleksibelkwsp
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

KWSP struktur Akaun Fleksibel turut liputi caruman sukarela

KWSP struktur Akaun Fleksibel turut liputi caruman sukarela

2 May 2024
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN