• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi 13C 5G tiba, telefon 5G termurah Xiaomi dijual di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 9:20 am
  • 06/05/2024
  • Komen
Redmi 13C 5G tiba, telefon 5G termurah Xiaomi dijual di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi Malaysia baru-baru ini telah melancarkan telefon 5G termurah mereka, Redmi 13C 5G. Ia sangat serupa dengan Redmi 13C, dengan perubahan terbesar pada sokongan 5G.

Harga dan Ketersediaan

Orang ramai boleh membeli Redmi 13C 5G mulai sekarang di Malaysia. Menurut Xiaomi Malaysia, terdapat dua varian dijual iaitu:



  • Redmi 13C 5G (RAM 4GB + Storan 128GB) – RM699
  • Redmi 13C 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM999

Khas di Lazada dan Shopee, Redmi 13C 5G 128GB diberi diskaun RM40, menjadikan harganya cuma RM659.

Spesifikasi Redmi 13C 5G

Xiaomi menggunakan cip Mediatek Dimensity 6100+ yang menyokong 5G, bersama RAM sehingga 8GB dan storan UFS 2.2 sehingga 256GB. Kad mikroSD diterima sehingga 1TB.



Skrin pula jenis LCD, seluas 6.74-inci tetapi resolusi HD 720p sahaja. Kadar penyegaran adalah 90Hz. Kaca Corning Gorilla Glass terdapat di atas skrin. Pengimbas capjari pula di butang kuasa. Di belakang, ia dilengkapi kamera utama 50MP.

Bateri di dalamnya berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W melalui USB-C. Tetapi pengecas yang diberikan dalam kotak hanyalah 10W.

Speaker padanya hanya mono, tetapi ia masih ada jek audio 3.5mm. Sistem operasi MIUI 14 berasaskan Android 13 digunakan di Redmi 14C 5G.

Terdapat tiga warna disediakan untuk Redmi 13C 5G iaitu Hitam, Perak dan Biru.

[Sumber: Xiaomi]

Bacaan Berkaitan

  • Redmi 13C hanya RM499, skrin lebih pantas dan besar dari iPhone 15 Plus
  • Poco C65, telefon murah dengan storan besar 256GB dari RM519 sahaja
  • Siri Redmi Note 13 ditawar lebih murah pada harga serendah RM649
Tags: RedmiRedmi 13cRedmi 13C 5Gxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Redmi 13C 5G tiba, telefon 5G termurah Xiaomi dijual di Malaysia

Redmi 13C 5G tiba, telefon 5G termurah Xiaomi dijual di Malaysia

6 May 2024
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN