Laptop bajet RM3,000 untuk pelajar, digital nomad, gaming, dan multimedia? Mari saya senaraikan dalam artikel 5 terbaik kali ini.
Lenovo IdeaPad Slim 3 Gen 9
Spesifikasi
- Skrin 14” FHD IPS 60Hz
- CPU Intel Core 5 120U
- GPU Intel UHD
- RAM 16GB DDR5
- Storan 512GB SSD (boleh diperbesar)
- I/O 1 HDMI, 1 USB-C, 2 USB-A, 1 pembaca kad SD, audio 3.5mm
- Bateri 47Wh
- Berat 1.37kg
Pengguna yang perlukan sebuah laptop yang bersaiz kompak untuk dibawa kesana-kemari sewaktu bekerja bolehlah usyar Lenovo IdeaPad Slim 3 Gen 9. Laptop ini ada versi yang diperkasa cip Intel Core 5 120U yang baharu.
Untuk makluman anda, cip ini adalah keluaran tahun 2023 dan ada 10 teras iaitu 2 teras prestasi dan 8 teras cekap. Pada harga RM2,999 anda juga dapat RAM DDR5-5200 16GB yang tak boleh diperbesar beserta storan seluas 512GB.
Saya rasakan cukup untuk kegunaan harian. Lenovo IdeaPad Slim 3 ada skrin 14” beresolusi FHD pada kecerahan 300 nits dan papan kekuncinya ada lampu latar. Kapasiti bateri yang terkandung dalamnya adalah 47Wh dan ia tidaklah besar untuk standard hari ini namun dengan cip pemprosesan yang cekap tenaga, saya tak rasakan ada masalah untuknya berikan waktu guna yang panjang.
Untuk penawaran I/O, ia ada 2 USB-A, 1 USB-C, 1 HDMI, 1 jek audio, dan 1 pembaca kad SD. Jumlah port yang lengkap. Satu perkara menarik tentang laptop ini adalah, Lenovo Ideapad Slim 3 ada berat 1.37kg dan melepasi piawaian ketenteraan MIL-STD-810H.
Asus Vivobook 15X
Spesifikasi
- Skrin 15.6” FHD IPS 60Hz
- CPU Intel Core i5-1335U
- GPU Intel UHD
- RAM 8GB DDR4 (boleh diperbesar)
- Storan 512GB SSD (boleh diperbesar)
- I/O 1 HDMI, 1 USB-C, 3 USB-A, LAN, audio 3.5mm
- Bateri 42Wh
- Berat 1.60kg
Untuk pelajar sekolah ataupun universiti, saya bayangkan mereka perlukan sebuah laptop yang ringan tapi ia juga ada skrin yang besar. Golongan ini banyak buat kerja lapangan, kajian, dan mesti akan akan buka banyak tetingkap. Atas sebab itu, saya cadangkan Asus Vivobook 15X.
Asus Vivobook 15X ada skrin 15.6” yang besar tapi berat keseluruhan laptop ini cuma 1.6kg sahaja. Makanya paras mobilitinya agak tinggi. Mungkin ia korbankan sedikit kapasiti bateri kerana ia ada tangki bateri 42Wh sahaja, lebih kecil daripada Lenovo Ideapad Slim 3i 14 tadi.
Tapi saya percaya yang penggunaan cip Intel Core i5-1335U mampu berikan waktu guna yang agak panjang tanpa ia disambung kepada kuasa luar. CPU Intel itu digandingkan dengan RAM 8GB dan storan 512GB yang masing-masing boleh diperbesar pada masa hadapan.
Laman rasmi produk
Beli di Shopee
HP 15
Spesifikasi
- Skrin 15.6” FHD IPS 60Hz
- CPU Intel Core i5-1335U
- GPU Intel UHD
- RAM 8GB DDR4 (boleh diperbesar)
- Storan 512GB SSD (boleh diperbesar)
- I/O 1 HDMI, 1 USB-C, 2 USB-A, audio 3.5mm
- Bateri 41Wh
- Berat 1.59kg
Satu lagi laptop yang ingin saya sarankan untuk pelajar adalah HP 15. Model ini pun banyak muncul dalam video 5 terbaik sebelum ini tapi kali ini ia telah ditambah baik dengan cip Intel Core i5-1335U.
Konfigurasi asas dengan RAM 8GB boleh anda dapatkan pada harga bawah RM2,500 sahaja tapi kalau dah bajet RM3,000, anda boleh naik taraf RAM sehingga 32GB. Storan 512GB didatangkan bersama-sama laptop ini tapi ia juga boleh diperluas sekiranya perlu.
Pelajar yang buka banyak fail dalam satu-satu masa macam PDF, Excel, aplikasi matematik untuk pengiraan saintifik, memang sesuailah dengan laptop ini. HP 15 ada skrin sebesar 15.6” beresolusi FHD sama macam Vivobook tadi. Berat laptop ini adalah pada 1.59kg dengan kapasiti bateri 41Wh.
Laman rasmi produk
Beli di Shopee
Acer Nitro V 15 (2023)
Spesifikasi
- Skrin 15.6” FHD IPS 144Hz
- CPU Intel Core i5-13420H
- GPU NVIDIA RTX 2050
- RAM 8GB DDR4 (boleh diperbesar)
- Storan 512GB SSD (boleh diperbesar)
- I/O 1 HDMI, 1 USB-C, 3 USB-A, LAN, audio 3.5mm
- Bateri 75Wh
- Berat 2.11kg
Untuk bajet RM3,000 dan nak gaming laptop, tak banyak pilihan yang kita ada. Apa yang boleh saya temukan dalam pasaran buat masa ini adalah Acer Nitro V 15 pada RM2,999. Spesifikasinya agak segar dengan cip Intel Core i5-13420H yang ada 8 teras dalam konfigurasi 4+4 dan dalam kategori cip 45W. Jadi, ia seimbanglah kalau anda nak buat kerja dan gaming pada kuasa Turbo 95W.
Lebih penting, ia ada kad grafik luaran RTX 2050 untuk anda main permainan berat pada resolusi FHD dengan kadar bingkai yang munasabah. Cumanya, bila anda ada bajet nanti, silalah naik taraf RAM 8GB DDR4 kepada sekurang-kurangnya 16GB untuk lebihkan headroom prestasi bila bermain. Pada segi storan, ia ada ruang penyimpanan seluas 512GB.
Acer Nitro V 15 ini ada skrin 15.6” IPS LCD resolusi FHD dengan kadar segar semula setinggi 144Hz. Port I/O yang ia ada adalah seperti HDMI, 1 USB-C, 3 USB-A, LAN, dan jek audio 3.5mm. Ia dilengkapi bateri 75Wh dan dicas dengan pengecas 135W. Beratnya adalah 2.11kg.
Laman rasmi produk
Beli di Shopee
Asus Vivobook 15 OLED
Spesifikasi
- Skrin 15.6” FHD OLED 600nits maksimum
- CPU Intel Core i3-1115G4
- GPU Intel UHD
- RAM 4GB DDR4
- Storan 512GB SSD
- I/O 1 HDMI, 2 USB-A, 1 USB-C, audio 3.5mm, 1 slot mikro-SD
- Bateri 57Wh
- Berat 1.40kg
Nak layan kandungan multimedia, skrin mestilah kena padu bukan? Asus Vivobook 15 OLED adalah sesuai untuk penuhi keperluan itu. Ia ada laptop bawah RM3,000 dengan skrin OLED termurah dengan spesifikasi tertinggi yang boleh saya temui pada harga cuma RM2,999 sahaja.
Asus Vivobook 15 OLED ada skrin 15.6” dengan tahap kecerahan puncak mencapai 600 nits iaitu tertinggi dalam mana-mana panel paparan dalam senarai laptop ini. Ia juga ada cap Pantone Validated dan diperakukan jitu warna. Dengan skrin cantik ini ada bahagian yang terpaksa dikorbankan.
Atas papan utama, ia diperkasa cip Intel Core i3-1115G4, cip yang agak berusia. CPU itu digandingkan bersama RAM 4GB dan storan 512GB yang kedua-duanya boleh dinaik taraf bila perlu. Untuk sebuah laptop 15.6”, tahap mobilitinya agak baik kerana beratnya cuma 1.8kg. Kapasiti baterinya berada pada para 42Whr.