• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Amazfit

Zepp OS 3.5 berkuasa OpenAI boleh dinikmati Amazfit Balance di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:32 pm
  • 06/06/2024
  • Komen
Zepp OS 3.5 berkuasa OpenAI boleh dinikmati Amazfit Balance di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Anda pengguna Amazfit Balance? Cuba periksa aplikasi Zepp Health anda untuk kemas kini Zepp OS 3.5 kerana ada naik taraf saujana disalurkan kepada jam tangan pintar anda. Zepp OS 3.5 membawakan Zepp Flow iaitu pembantu maya yang diperkasa OpenAI supaya anda boleh berikan arahan lebih semula jadi kepada jam tangan.

Selain pembantu maya dikuasakan OpenAI, berikut adalah beberapa perkara baharu yang bakal menanti anda:



Marathon Training Anda boleh rangka pelan latihan untuk maraton penuh ataupun separa melalui aplikasi Zepp Coach yang telah diperbaharui. Maklumat seperti Confidence Index dan Plan Completion Rate juga disediakan untuk kemudahan.

HRV Recording Sleep Heart Rate Variability (HRV) menjejak perubahan pola degupang jantung. Berbekalkan maklumat ini, ia boleh menjangkakan keadaan pemulihan pemakai, tahap tekanan, dan kadar pemulihan selepas senaman. Semua maklumat dipaparkan dalam bentuk yang holistik.



WhatsApp Integration Imej yang dihantar ke WhatsApp boleh dilihat terus di muka jam. Walau bagaimanapun, ia hanya boleh digunakan untuk pengguna Zepp Health versi Android sahaja.

Offline Map Peta topografi dan juga peta jalan raya boleh dilihat di muka jam. Jadi ia mudahkan anda bernavigasi sama ada sewaktu riadah ataupun bersiar-siar.

Mode Sukan Baharu Beberapa sukan baharu yang boleh dijejak turut dimasukkan. Antaranya adalah bouldering dan rock climbing sementara mode menjejak sukan snowboarding dan ski telah ditambah baik.

Amazfit umum Zepp OS 3.5 di MWC 2024

Buat yang terlepas berita, Amazfit telah mengumumkan Zepp OS 3.5 pada 25 Februari 2024 dahulu sewaktu temasya MWC 2024 Barcelona. Antara intipati pengumuman tersebut adalah integrasi Natural Language User Interface (LUI) yang diperkasa teknologi OpenAI digunakan.

Ia membolehkan pengguna jam tangan Amazfit berinteraksi menggunakan arahan suara secara semula jadi untuk berikan arahan. LUI yang hadir dalam bentuk Zepp Flow itu mampu memahami kehendak arahan tanpa perlu pengguna berikan arahan yang spesifik.

Zepp OS pada peringkat awalnya dinikmati oleh pengguna Amazfit Balance dalam pasaran A.S, Kanada, U.K, dan Ireland. Kemudian di beberapa negara Eropah bermula penghujung Mei dan diedarkan secara berkala sepanjang bulan Jun 2024.

Bacaan berkaitan

5 Terbaik: Jam kecergasan murah bawah RM250, ada skrin AMOLED dan kalis air (2024)

Tags: amazfitamazfit balancezeppzepp oszepp os 3.5
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Zepp OS 3.5 berkuasa OpenAI boleh dinikmati Amazfit Balance di Malaysia

Zepp OS 3.5 berkuasa OpenAI boleh dinikmati Amazfit Balance di Malaysia

6 June 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER