• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix Note 40 5G x BMW akan dilancar di Malaysia minggu hadapan

  • OLEH Najib
  • 12:02 pm
  • 13/06/2024
  • Komen
Siri Infinix Note 40 Racing Edition dapat sentuhan BMW dengan rekaan kereta lumba
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas mengumumkan Siri Note 40 Racing Edition di pentas antarabangsa, Infinix Malaysia kini mengesahkan tarikh pelancaran telefon ini di Malaysia. Telefon yang dihasilkan dengan kerjasama BMW Group Designworks ini akan dirasmikan untuk pasaran Malaysia pada minggu hadapan, hari Rabu 19 Jun 2024.

Dalam muat naik di media sosial rasmi Infinix Malaysia, mereka turut menjelaskan bahawa Siri Note 40 5G Racing Edition yang akan dilancarkan. Ini bermakna, hanya model 5G yang akan dipasarkan di Malaysia. Dari sejarah pelancaran siri Note 40 5G sebelum ini, dijangkakan ada dua model yang akan dilancar kelak iaitu:



  • Infinix Note 40 Pro 5G
  • Infinix Note 40 5G

Untuk versi biasa, Infinix Note 40 Pro 5G telah dilancar di Malaysia pada bulan Mac. Manakala Infinix Note 40 5G baru sahaja dilancar awal bulan Jun ini.

Perbezaan Siri Note 40 5G Racing Edition

Edisi khas yang dinamakan Siri Note 40 5G Racing Edition ini menampilkan bukan sahaja rupa, tetapi penggunaan bahan dan kemasan yang berbeza dari model biasa. Infinix juga mengenakan antaramuka dan perisian yang serasi dengan rekaan ini.



Infinix Note 40 Pro+ 5G Racing Edition

Rekaan eksklusif ini digelar ‘Wings of Speed‘, menggunakan jalur-jalur pada belakang badan ibarat aliran udara yang memberi rasa kelajuan. Rekaan ini turut memberi genggaman yang lebih cengkam dan pantulan cahaya yang menimbulkan bayang-bayang lembut.

Edisi khas ini akan didatangkan dengan aksesori khas, di dalam bungkusan eksklusif yang mengandungi MagCase, MagPad dan MagPower. Semuanya untuk memberi keupayaan pengecasan wayarles yang terdapat pada siri Note 40.

Infinix Note 40 Pro+ 5G Racing Edition

Harga Siri Note 40 5G Racing Edition

Dalam pelancaran global minggu lepas, Infinix telah menyenaraikan harga dalam Dolar US iaitu:

  • Infinix Note 40 Pro 5G Racing Edition dari USD309 (~RM1,449)
  • Infinix Note 40 5G Racing Edition dari USD259 (~RM1,215)

Kita boleh jangkakan harga yang sedikit murah di Malaysia kelak. Untuk perbandingan, model biasa Infinix Note 40 Pro 5G (8+256GB) dijual pada harga RM1,098. Manakala Infinix Note 40 5G dengan storan besar 512GB, berharga RM1,299.

[Sumber: Infinix]

Bacaan Berkaitan

  • Siri Infinix Note 40 Racing Edition dapat sentuhan BMW dengan rekaan kereta lumba
  • Infinix Note 40 5G 512GB tiba, telefon 5G termurah dengan storan besar di Malaysia
  • Infinix Note 40 Pro 5G Malaysia: Anda boleh pratempah sekarang pada harga RM1,098
  • Infinix Note 40 Malaysia: Anda boleh pratempah sekarang pada harga RM898
Tags: BMWBMW Group DesignworksInfinixInfinix Note 40Infinix Note 40 5GInfinix Note 40 ProInfinix Note 40 Pro 5GInfinix Note 40 Racing Edition
Najib

Najib

POPULAR

Siri Infinix Note 40 Racing Edition dapat sentuhan BMW dengan rekaan kereta lumba

Infinix Note 40 5G x BMW akan dilancar di Malaysia minggu hadapan

13 June 2024
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN