• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Infinix Note 40 Racing Edition dapat sentuhan BMW dengan rekaan kereta lumba

  • OLEH Najib
  • 7:59 pm
  • 06/06/2024
  • Komen
Siri Infinix Note 40 Racing Edition dapat sentuhan BMW dengan rekaan kereta lumba
Share on FacebookShare on Twitter

Infinix hari ini mengumumkan kerjasama dengan pakar rekaan kereta, BMW Group Designworks untuk menghasilkan edisi khas telefon pintar popular mereka. Edisi khas ini dinamakan Siri Note 40 Racing Edition, menampilkan bukan sahaja rupa, tetapi penggunaan bahan dan kemasan yang istimewa. Infinix juga mengenakan antaramuka yang serasi dengan rekaan ini.

Untuk siri ini, ia menggunakan rekaan eksklusif yang digelar ‘Wings of Speed‘. Jalur-jalur pada belakang badan menunjukkan aliran udara untuk memberi rasa kelajuan. Ini turut memberi genggaman yang lebih cengkam dan pantulan cahaya yang menimbulkan bayang-bayang lembut.



Siri khas kerjasama Infinix dan BMW Group Designworks akan melibatkan model berikut:

  • Infinix Note 40 Pro+ 5G
  • Infinix Note 40 Pro 5G
  • Infinix Note 40 Pro
  • Infinix Note 40 5G
  • Infinix Note 40

Edisi khas ini akan didatangkan dalam dengan aksesori khas, di dalam bungkusan eksklusif yang mengandungi MagCase, MagPad dan MagPower. Semuanya untuk memberi keupayaan pengecasan wayarles yang terdapat pada siri Note 40.



Peminat di Malaysia boleh bersiap sedia menantikan ketibaan edisi khas ini, kerana ia telah disahkan oleh Infinix Malaysia untuk dilancarkan di sini tidak lama lagi. Tarikhnya belum diketahui, tetapi harga untuk pasaran Amerika telah diumumkan iaitu:

  • Infinix Note 40 Pro+ 5G Racing Edition dari USD329 (~RM1,543)
  • Infinix Note 40 Pro 5G Racing Edition dari USD309 (~RM1,449)
  • Infinix Note 40 Pro Racing Edition dari USD279 (~RM1,309)
  • Infinix Note 40 5G Racing Edition dari USD259 (~RM1,215)
  • Infinix Note 40 Racing Edition dari USD209 (~RM980)

Tonton temuramah dengan pereka BMW Group Designworks dalam menghasilkan Siri Note 40 Racing Edition:

[Sumber: PRnews]

Bacaan Berkaitan

  • Infinix Note 40 5G 512GB tiba, telefon 5G termurah dengan storan besar di Malaysia
  • Infinix Smart 8, telefon paling murah boleh beli kalau bajet anda sedikit
  • Infinix Note 40 Malaysia: Anda boleh pratempah sekarang pada harga RM898
  • Infinix Note 40 Pro 5G Malaysia: Anda boleh pratempah sekarang pada harga RM1,098
Tags: BMWBMW Group DesignworksInfinixInfinix Note 40Infinix Note 40 Racing Edition
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Siri Infinix Note 40 Racing Edition dapat sentuhan BMW dengan rekaan kereta lumba

Siri Infinix Note 40 Racing Edition dapat sentuhan BMW dengan rekaan kereta lumba

6 June 2024
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN