• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Insta360 GO 3S dilancarkan, kini mampu merakam 4K dan ada Apple Find My

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:28 pm
  • 14/06/2024
  • Komen
Insta360 GO 3S dilancarkan, kini mampu merakam 4K dan ada Apple Find My
Share on FacebookShare on Twitter

Insta 360 telah mengumumkan Insta360 GO 3S, dan ia merupakan kemas kini daripada model GO 3 yang dilancarkan sekitar Jun tahun lalu. Walaupun mengekalkan fizikaliti yang sama, model terbaru ini diberikan beberapa penambahbaikan ketara terutamanya keupayaan merakam pada resolusi lebih tinggi.

Berbanding resolusi 2.7K, Insta360 GO 3S mampu untuk merakam sehingga resolusi 4K dengan kadar bingkai 30fps. Ini dibolehkan dengan cip baharu yang digunakan memiliki kuasa pengkomputeran 50% lebih tinggi serta penggunaan lensa ultralebar baharu yang dapat menawarkan imej lebih realistik dengan kurang herotan dan bucu lebih tajam.



Tetapi bukan itu sahaja, tahap merakam Slow Motion turut dipertingkatkan kerana ia mampu merakam resolusi 2.7k pada 100fps atau 1080p pada 200fps. Dengan bateri penuh, GO 3S mampu lakukan rakaman sehingga 38 minit pada 1080p 30fps dan lebih panjang 140 minit bersama bekas Action Pod.

Selain itu, GO 3S turut ada mod Interval Video baharu yang membenarkan pengguna merakam secara automatik tanpa perlu menyentuh kamera. Tetapannya boleh dibuat terlebih dahulu dengan pengguna boleh setkan kekerapan dan seberapa panjang rakaman yang nak dibuat. Ia juga ada ciri pengeditan AI yang menggabungkan klip rakaman kepada satu video.



Di samping itu, mengubah orientasi rakaman juga lebih mudah dengan hanya memusingkan kamera ke orientasi yang diingini, serta ia ada kawalan Gesture Control baharu membenarkan pengguna hanya gunakan isyarat tangan untuk mula atau henti rakaman, serta untuk menangkap gambar.

Sementara tahap kekalisan air Action Pod GO 3S masih sama dengan GO 3, unit kamera model terbaru boleh diselam sampai kedalaman 33 kaki, lebih dalam berbanding 16 kaki di GO 3. Andaikata kamera hilang, ia boleh dijejak melalui sokongan Apple Find My. Perumah yang digunakan adalah sama sahaja dengan GO 3 yang boleh digunakan untuk kawalan, pengecasan dan menampilkan skrin 2.2-inci yang boleh dikilas.

Yang menariknya, kepada pengguna GO 3 yang mahukan naik taraf, Insta360 memaklumkan yang GO 3S serasi dengan bekas GO 3 dan menawarkan penjualan hanya unit kamera GO 3S. Insta360 GO 3S tersedia didapatkan pengguna di Malaysia dengan harga RM1,969 untuk varian 64GB dan 2,099 untuk varian 128GB di Lazada dan Shopee.

Terdapat juga penawaran Set Kit yang memberikan aksesori tambahan tripod berharga RM2,199. Ia ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Insta360 GO 3S.

[Sumber: Insta360]

Bacaan berkaitan

  • Insta360 X4 8K di Malaysia, ini bezanya dengan Insta360 X3
  • Siri Insta360 Ace: Specs dan harga sebegitu, pesaingnya perlu jaga-jaga
  • Insta360 Go 3, agak mahal untuk kamera yang tak mampu rakam 4K
Tags: insta360Insta360 GO 3S
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Insta360 GO 3S dilancarkan, kini mampu merakam 4K dan ada Apple Find My

Insta360 GO 3S dilancarkan, kini mampu merakam 4K dan ada Apple Find My

14 June 2024
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hargai penjawat awam: Astro perkenal pakej eksklusif dengan penjimatan sehingga RM960

Hargai penjawat awam: Astro perkenal pakej eksklusif dengan penjimatan sehingga RM960

14 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER