• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kamera iPhone XR Terbaik Dalam Kalangan Telefon Ekakamera Menurut DxOMark

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:50 am
  • 10/12/2018
  • Komen
Kamera iPhone XR Terbaik Dalam Kalangan Telefon Ekakamera Menurut DxOMark
Share on FacebookShare on Twitter

DxOMark telah mengumumkan markah penilaian kamera untuk telefon iPhone XR dan ia adalah telefon berkamera belakang tunggal pertama yang mencatatkan markah melebihi 100. Dengan nilaian 101, ia melewati Pixel 2 yang beroleh 98 mata.

Berikut adalah spesifikasi asas kamera iPhone XR:



  • Sensor 12MP bersaiz 1/2.55″
  • Apertur F1.8
  • Jarak fokal 26mm setara kamera full frame
  • Penstabil imej optikal
  • Pembidik fokus pengesanan fasa

Dalam kategori gambar, iPhone XR cemerlang dalam ujian autofokus. menurut mereka, sistem autofokus pengesanan fasa yang terbina mampu membidik tepat fokus setiap masa.

Ia juga menyimpan beberapa bingkai gambar lebih awal sebelum butang pengatup ditekan pengguna. Ia membolehkan imej yang ditangkap bebas kabur hasil daripada gegaran kamera.



Tapi telefon ini menghadapi masalah dalam dua ujian iaitu zum dan bokeh. Ia tidaklah mengejutkan kerana kedua-dua ujian ini mudahnya dilepasi peserta-peserta dengan konfigurasi dwikamera keatas.

Untuk zum dan bokeh, iPhone XR masing-masing beroleh markah 35 dan 35. Untuk perbandingan, Pixel 2 XL mencatatkan 43 dan 45.

Peliknya, keputusan analisis iPhone XR keluar dulu berbanding Pixel 3 XL sedangankan telefon daripada Google ini dilancarkan beberapa hari lebih awal daripada pesaing Apple-nya itu.

Ada cakap-cakap di Internet yang Apple sengaja arahkan DxOMark untuk lewatkan penerbitan ujian Pixel 3 XL agar iPhone XR boleh nikmati jus kepopularan untuk beberapa ketika.

[Sumber: DxOMark]

Tags: appleapple iphoneApple iPhone XR
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kamera iPhone XR Terbaik Dalam Kalangan Telefon Ekakamera Menurut DxOMark

Kamera iPhone XR Terbaik Dalam Kalangan Telefon Ekakamera Menurut DxOMark

10 December 2018
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

31 May 2026
Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

26 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN