• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

LHDN buru orang culas bayar cukai keuntungan jual beli Bitcoin

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:04 pm
  • 20/06/2024
  • Komen
LHDN akan diberi kuasa untuk sita akaun bank untuk bayar cukai anda
Share on FacebookShare on Twitter

Lembaga Hasil dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah mengadakan operasi besar-besaran yang dinamakan ‘Ops Token’ untuk mengenal pasti individu atau mereka yang terlibat dengan aktiviti perdagangan mata wang kripto. Ia dijalankan sebagai usaha kerajaan untuk menangani isu ketirisan hasil cukai dan memantapkan pentadbiran cukai negara.

Untuk melaksanakannya, LHDN bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga CyberSecurity Malaysia (CSM). Difahamkan Ops Token ini juga melibatkan 10 lokasi berbeza di sekitar Lembah Klang.



Menurut LHDN, perdagangan mata wang kripto telah menyebabkan ketirisan hasil cukai yang sangat signifikan. Ini kerana, ada individu yang terlibat dengan kegiatan perdagangan kripto tidak melaporkan keuntungan yang mereka jana kepada pihak LHDN.

Namun, melalui operasi ini, LHDN memaklumkan mereka berjaya memperoleh data-data perdagangan mata wang kripto serta aset digital yang disimpan dalam peranti mudah alih dan komputer. Ini sekali gus membolehkan pihak LHDN untuk menganalisis data-data yang diperoleh bagi mendapatkan nilai aset kripto serta keuntungan yang dijana.



Selain itu, LHDN juga mendapati ada beberapa entiti syarikat yang sengaja diwujudkan untuk menjadi pengantara transaksi kripto dengan tujuan untuk mengelak daripada pelaporan cukai.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin berkata, mana-mana individu yang terlibat dengan perdagangan mata wang kripto di Malaysia adalah tertakluk kepada cukai pendapatan di Malaysia. Mana-mana pihak yang menjalankan kegiatan perdagangan mata wang kripto diminta turut tampil untuk membuat pelaporan cukai di pejabat LHDN berdekatan.

Bersama-sama pengumuman ini, LHDN menyertakan garis panduan berkenaan cukai ke atas transaksi mata wang digital melalui pautan ini. Jika anda ada sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi LHDN di talian 03-8911 1000 (dalam negara) / 603-8911 1000 (luar negara) atau melalui HASiL Live Chat.

[Sumber: LHDN]

Bacaan berkaitan

  • Data sensitif terdedah dek kelemahan portal LHDN
  • Suka bertangguh sebabkan YouTuber boleh dikenakan penalti 300% oleh LHDN
  • LHDN beri pelepasan cukai sehingga RM1,000 untuk pembelian RTK-Ag dan RT-PCR COVID-19
Tags: kriptoLembaga Hasil Dalam NegeriLHDNmata wang kripto
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
LHDN akan diberi kuasa untuk sita akaun bank untuk bayar cukai anda

LHDN buru orang culas bayar cukai keuntungan jual beli Bitcoin

20 June 2024
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN