• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CMF Phone 1, telefon Nothing lebih murah akan dilancar bulan hadapan

  • OLEH Najib
  • 11:29 am
  • 24/06/2024
  • Komen
CMF Phone 1, telefon Nothing lebih murah akan dilancar bulan hadapan
Share on FacebookShare on Twitter

CMF, jenama mampu milik di bawah Nothing akan melancarkan telefon pertama mereka, CMF Phone 1 tidak lama lagi. Pelancaran akan turut disertai dua lagi produk baru CMF.

Majlis pelancaran CMF Phone 1, serta jam pintar CMF Watch Pro 2 dan fon putik CMF Buds Pro 2, akan diadakan pada hari Isnin, 8 Julai 2024. Pelancaran atas talian ini akan bermula pukul 10 pagi waktu British, bersamaan 5 petang waktu Malaysia.



Spesifikasi CMF Phone 1

Sebagai pakar menimbulkan ‘hype’, Nothing telah berkongsi sedikit demi sedikit tentang CMF Phone 1. Antaranya akan terdapat skru yang boleh diputar dengan pemutar skru, serta dail yang boleh diputar dengan tangan. Buat masa ini, masih tiada maklumat tentang spesifikasi didedahkan oleh Nothing.

Tetapi sudah ada berita terbocor mengenai CMF Phone 1. Laman 91mobiles telah mendedahkan rupa penuh belakang CMF Phone 1. Antaranya, belakang telefon ini boleh ditukar dengan mudah melalui 1 skru. Ia juga tiada LED Glyph yang menjadi keunikan utama telefon Nothing.



CMF Phone 1 dikatakan memiliki banyak persamaan dengan Nothing Phone (2a) dari segi spesifikasi, tetapi dengan kuasa lebih rendah. Ia dikhabarkan akan menggunakan cip Mediatek Dimensity 7300, kuasa pengecas 33W, bateri 5,000mAh, skrin OLED 6.67-inci FHD+ 120Hz, kamera utama 50MP, kamera hadapan 16MP serta RAM sehingga 8GB, storan sehingga 256GB dan slot kad microSD.

Harga CMF Phone 1 lebih murah dari Nothing Phone (2a)

Harga CMF Phone 1 di India dijangka bermula dari INR19,999 (~RM1,125) untuk varian terendah RAM 6GB dan storan 128GB. Untuk perbandingan, Nothing Phone (2a) dijual di Malaysia pada harga RM1,699 dengan RAM 12GB dan storan 256GB. Tidak mengejutkan jika CMF Phone 1 dijual di bawah RM1,200 di Malaysia nanti.

Tetapi apakah yang akan menjadi tarikan untuk CMF Phone 1 yang tiada LED Glyph? Jika ia menggunakan sistem operasi Nothing OS dan menjamin kemaskini yang panjang, ini sahaja sudah cukup untuk pengguna dengan bajet yang rendah tetapi mahu OS yang pantas dan lebih lancar daripada iOS di Android.

[Sumber: Nothing]

Bacaan Berkaitan

  • Nothing Phone (2a) diumum berharga bawah RM2,000, penuhi keperluan telefon kelas pertengahan
  • Nothing lancar subjenama baharu “CMF by Nothing”
  • CMF Buds dan Neckband Pro dengan ANC dilancar pada harga bermula RM189
  • CMF Watch Pro, jam pintar dengan skrin AMOLED sangat besar, boleh buat panggilan & kalis air IP68
  • CMF Buds Pro oleh Nothing tiba di Malaysia, fon putik dengan ANC 45db & penarafan IP54
Tags: CMFCMF Buds Pro 2CMF Phone 1CMF Watch Pro 2Nothing
Najib

Najib

POPULAR

CMF Phone 1, telefon Nothing lebih murah akan dilancar bulan hadapan

CMF Phone 1, telefon Nothing lebih murah akan dilancar bulan hadapan

24 June 2024
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN