• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus Pad Pro diperkenal dengan skrin 12.1″ 144Hz dan Snapdragon 8 Gen 3

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:32 pm
  • 01/07/2024
  • Komen
OnePlus Pad Pro diperkenal dengan skrin 12.1″ 144Hz dan Snapdragon 8 Gen 3
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas melancarkan OnePlus Pad pada Februari tahun lepas, kini OnePlus telah melancarkan pula versi Pro tablet mereka, iaitu OnePlus Pad Pro. Selari dengan nama Pro, ia diberi naik taraf dengan skrin lebih besar dan tampil dengan penggunaan cip flagship Qualcomm Snapdragon terkini.

Spesifikasi OnePlus Pad Pro

OnePlus Pad Pro didatangkan dengan paparan LCD berukuran 12.1-inci dengan resolusi 3K menggunakan nisbah 7:5. Paparannya juga menyokong kadar penyegaran pantas 144Hz, kecerahan puncak pada 900 nits, Dolby Vision dan menerima pengiktirafan TUV Rheinland 3.0.



Di dalam, OnePlus Pad Pro diperkasa cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3, menjadikannya jauh lebih berkuasa berbanding OnePlus Pad yang didatangkan dengan cip MediaTek Dimensity 9000. Cip Snapdragon 8 Gen 3 itu dipadankan dengan RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan UFS 4.0 seluas 512GB.

Sistem kameranya masih menampilkan kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 8MP, sama seperti OnePlus pad sebelum ini. Tenaga tablet pula disalurkan oleh bateri berkapasiti 9,510mAh dengan sokongan pengecasan pantas SuperVOOC 67W.



Audio tablet dikeluarkan melalui sistem kuad speaker yang dimiliki, yang diletakkan dalam badan tebal 6.49mm dan berat 584g. Sejurus keluar kotak, tablet menjalankan sistem operaso OxygenOS 14.1 berasaskan Android 14. Lagi ciri lain yang ada seperti WiFi, Bluetooth, NFC. Terdapat dua pilihan warna tersedia iaitu hijau dan kelabu.

Harga OnePlus Pad Pro

OnePlus Pad Pro dilancarkan di China dalam empat varian dan berikut adalah harga jualannya di sana:

  • OnePlus Pad Pro (8GB+128GB) – CNY2,899 (~RM1,881)
  • OnePlus Pad Pro (8GB+256GB) – CNY3,099 (~RM2,010)
  • OnePlus Pad Pro (12GB+256GB) – CNY3,299 (~RM2,010)
  • OnePlus Pad Pro (16GB+512GB) – CNY3799 (~RM2,465)

Bagaimanapun, disebabkan OnePlus tidak pernah membawa masuk mana-mana penawaran tablet mereka ke pasaran Malaysia, anda boleh jangkakan perkara yang sama berlaku pada OnePlus Pad Pro.

[Sumber: Gadgets360]

Bacaan berkaitan

  • OnePlus akan guna pakai teknologi bateri Tesla?
  • OnePlus sebar penyunting gambar AI Eraser untuk 5 model ini
  • OnePlus 12R Malaysia: Snapdragon 8 Gen 2 dengan skrin ProXDR 120Hz berharga RM3,199
Tags: OnePlusOnePlus Pad Protablet
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
OnePlus Pad Pro diperkenal dengan skrin 12.1″ 144Hz dan Snapdragon 8 Gen 3

OnePlus Pad Pro diperkenal dengan skrin 12.1″ 144Hz dan Snapdragon 8 Gen 3

1 July 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER