• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung lancar ISOCELL HP9, GNJ, dan JN5 untuk telefon pintar 2024

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:50 am
  • 02/07/2024
  • Komen
Samsung lancar ISOCELL HP9, GNJ, dan JN5 untuk telefon pintar 2024
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung lancarkan beberapa sensor pengimejan baharu untuk telefon pintar. Sebanyak 3 sensor yang dikhaskan untuk kegunaan kamera utama dan kamera sampingan telah diperkenalkan. Tiga sensor tersebut ialah Samsung ISOCELL HP9, ISOCELL GNJ, dan ISOCELL JN5.

ISOCELL HP9

Katanya ini adalah sensor kamera telefoto pertama ada megapiksel 200MP. Namun, lihat pada spesifikasi, ia hanyalah ISOCELL HP3 yang dijenamakan semula kerana spesifikasinya sama sahaja. Untuk pengetahuan anda, Galaxy S24 Ultra gunakan ISOCELL HP2SX untuk kamera utamanya.



Berbalik kepada HP9, ia adalah sensor berformat 1/1.4” dengan teknologi Tetra²pixel. Disebabkan ia memiliki spesifikasi sama, berkemungkinan ebsar penambahbaikkan adalah pada segi algoritman pemerosesan. Didakwa yang sensor ini 12% lebih peka kepada cahaya.

ISOCELL GNJ

Ini adalah sekuel kepada ISOCELL GNK yang mereka lancarkan tahun sudah. Ia ditujukan kepada kamera selain kamera utama telefon. Perubahan yang dibawakan Samsung pada ISOCELL GNJ berbanding sebelumnya ialah saiz sensor yang lebih kecil iaitu 1/1.56” (vs. 1/1.3”).



Namun ia dikatakan lebih baik pada segi prestasi dalam keadaan gelap dan video gerak perlahan kini boleh pergi sehingga 480fps.

Lapisan antipembiasan sensor ini telah ditambah baik bagi mempertingkat amaun cahaya yang jatuh ke atas sensor dan kehadiran mikrolensa priopetari yang pastikan hanya piksel yang berkenaan sahaja menerima cahaya menjadikan gambar keadaan malap jadi lebih baik.

ISOCELL JN5

JN5 pula adalah sekuel kepada JN1. Saiz sensornya kini lebih besar pada 1/2.74” (vs. 1/2.76”). Bilangan megapiksel masih kekal pada 50MP dan kini ia mampu rakam video 4K dengan HDR. Tangkapan selanjar juga lebih baik pada kadar 15 bingkai sesaat dalam resolusi 50MP manakala dalam resolusi 12.5MP, ia boleh pergi sehingga 60 bingkai sesaat.

ISOCELL JN5 sesuai digunakan untuk dijadikan kamera utama, ultralebar, telefoto, ataupun selfie kerana saiz sensornya yang kecil lantas tidak memerlukan lensa yang besar untuk memfokuskan cahaya ke atasnya.

Sumber: Samsung

Tags: samsungSamsung isocell
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Samsung lancar ISOCELL HP9, GNJ, dan JN5 untuk telefon pintar 2024

Samsung lancar ISOCELL HP9, GNJ, dan JN5 untuk telefon pintar 2024

2 July 2024
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER