Macam yang kita tahu, terdapat banyak pengeluar yang menghasilkan telefon gaming dengan prestasi tinggi dan banyak ciri gaming. Tapi kebiasaannya, harganya mahal melebihi RM3,000 serta berada dalam kelas flagship.
Walau bagaimanapun, sebenarnya ada juga telefon gaming yang murah anda boleh dapat dengan harga bawah RM2,000 sahaja. Ada butang bahu, Bypass Charging, skrin laju dan speaker stereo. Oleh itu, ini adalah telefon gaming yang ada ciri-ciri berikut.
1. Poco F6 (12GB+512GB) – RM1,799
Poco F6 baru sahaja dilancar pada Mei lepas. Ia dipilih sebab ada prestasi tertinggi dan harga pun masih bawah RM2,000. Ia meggunakan cip Snapdragon 8s Gen 3, dan RAM yang digunakan pun pantas jenis LPDDR5X sebesar 12GB serta storan laju UFS 4.0 besar 512GB. Skrinnya pun best untuk gaming sebab AMOLED 6.67-inci 120Hz dan ada kecerahan puncak 2,400 nits.
Walaupun tak ada pengecasan Bypass macam telefon gaming lain, setidaknya ia sokong pengecasan pantas 90W. Nak cas sampai penuh dari 0% ambil masa 30 minit sahaja. Bukan setakat itu, ia juga gunakan HyperOS berasaskan Android 14, speaker stereo serta kalis percikan air IP64.
Anda boleh dapatkan Poco F6 di Lazada dan Shopee.
2. Nubia Neo 2 (8GB+256GB) – RM999
Telefon kedua ini adalah adik kepada RedMagic, iaitu Nubia Neo 2 5G. Sebenarnya, generasi kedua Neo ini masih gunakan cip Unisoc T820 sama seperti model sebelumnya, yang tidaklah setaraf dengan prestasi flagship. Tetapi ia masih berkuasa ada 8 teras dengan kelajuan sehingga 2.7GHz. Ia juga guna storan pantas UFS 3.1 seluas 256GB dengan RAM 8GB.
Tetapi yang lagi menarik, ia satu-satunya telefon bawah RM1,000 didatangkan dengan butang bahu, perisian Game Space 2.0 untuk kawalan game dan juga pengecasan Bypass. Bateri yang dimuatkan pun besar berkapasiti 6,000mAh dan ia ada rekaan futuristik dengan mata robotik, barulah nampak macam telefon gaming.
Anda boleh dapatkan Nubia Neo 2 5G di Lazada dan Shopee.
3. Infinix GT 20 Pro (12GB+256GB) – RM1,299
Kalau anda nakkan prestasi tinggi dengan banyak fungsi gaming, Infinix GT 20 Pro dapat memenuhi keperluan itu. Ia bukan sahaja guna cip flagship Dimensity 8200 Ultimate, tapi guna storan pantas UFS 3.1 256GB dan tampil dengan satu lagi cip Pixelworks X5 Turbo untuk kekalkan skrin pada 120FPS.
Skrin pula jenis AMOLED 6.78-inci dengan kadar segar semula 144Hz, dan lagi menarik, ia ada lampu LED dekat panel belakang yang boleh berintegrasi dengan game. Ia juga ada pengecasan Bypass dan perisian gaming Xarena Darlink. Sistem bunyi pula speaker stereo yang ditala JBL.
Anda boleh dapatkan Infinix GT 20 Pro di Lazada dan Shopee.
4. iQoo Z9 (8GB+256GB) – RM1,333
Berada di tempat keempat adalah iQoo Z9. Ia juga merupakan telefon gaming berkuasa tinggi dengan skrin lancar. Ini kerana ia dikuasakan cip Snapdragon 7 Gen 3 dan gunakan skrin AMOLED pantas 144Hz. Cumanya, jenis storan dan RAM digunakan agak perlahan berbanding telefon lain dalam senarai, iaitu RAM LPDDR4X 8GB dan storan UFS 2.2 256GB.
Selain itu, ia juga tak ada banyak fungsi gaming, tetapi istimewanya, ia ada bateri paling besar 6,000mAh dan sokong pengecasan pantas 80W. Bukan itu sahaja, ia juga tampil dengan sistem penyejukan ‘Vapor Chamber’ seluas 6,043mm untuk berikan prestasi telefon kekal lancar tanpa panas.
Anda boleh dapatkan iQoo Z9 di Lazada dan Shopee.
5. Honor 200 (12GB+256GB) – RM1,899
Honor bukanlah jenama yang fokus pada gaming, tapi Honor 200 yang baru dilancar juga sesuai untuk anda yang pentingkan gaming dengan sistem kamera lebih baik. Prestasi tingginya disumbang cip Snapdragon 7 Gen 3, serta ia ada RAM besar 12GB. Namun, disebabkan ia dipasarkan tidak sebagai telefon gaming, ia tiada ciri pengecasan Bypass dan aplikasi untuk pantau prestasi telefon.
Tetapi, ia ada bateri besar 5,200mAh dan gunakan skrin AMOLED 6.7-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Walaupun kamera bukanlah perkara penting untuk telefon gaming, setidaknya ia ada kamera telefon 50MP, satu-satunya telefon dalam senarai ini yang ada.
Anda boleh dapatkan Honor 200 di Lazada dan Shopee.