Mencari telefon murah terbaik untuk keperluan rakam video? Di sini saya nak bantu anda. Dalam artikel ini, saya nak senaraikan 5 telefon terbaik untuk keperluan rakam video termasuk untuk rakam IG Story, buat TikTok ataupun vlog di YouTube.
Semua telefon ini bukan sahaja boleh merakam pada resolusi 4K, tetapi ada pelbagai fungsi menarik contohnya hadir dengan kamera telefoto OIS, kamera depan mampu merakam 4K dan ada autofokus, serta sokong rakaman HDR10+. Yang penting, harga pun mampu milik dan tak lebih daripada RM2,000. Tertanya apakah telefon-telefon tersebut? Jom saya senaraikan.
1. Realme 12 Pro+
Telefon pertama adalah Realme 12 Pro+. Selain mampu merakam pada resolusi 4K menerusi kamera utama 50MP, ia boleh merakam video gerak perlahan pada 120fps dan ada ciri AI video tracking untuk jejak dan zum individu yang bergerak dalam bingkai secara automatik. Bagaimanapun, kelebihan terbesar Realme 12 Pro+ terletak pada kamera telefoto periskop 64MP yang ia miliki. Kamera tersebut dilengkapi dengan OIS dan autofokus, serta boleh merakam sehingga zum 3x dalam kualiti optikal dengan resolusi 4K 30fps.
Anda boleh dapatkan Realme 12 Pro+ di Lazada dan Shopee.
2. Xiaomi 13T
Sistem kamera Leica di Xiaomi 13T ini bukan sahaja hebat untuk tangkapan gambar, tetapi juga bagus untuk keperluan video. Ini kerana, kamera utamanya guna sensor besar 1/1.31-inci yang mungkin membantu untuk rakaman dalam situasi dengan cahaya malap, serta mampu merakam sehingga 4K 30fps pada kamera utama, ultralebar dan telefotonya.
Selain itu, ia juga menyokong rakaman HDR10+, rakaman video ultra perlahan 960fps dan dilengkapi OIS pada kamera telefoto. Sesuai untuk anda yang nak rakam IG Story sewaktu di konsert. Terdapat juga pengiktirafan kalis air IP68 pada telefon, jadi bolehlah anda rekod di dalam air. Tetapi perlu diingat hanya untuk masa singkat sahaja.
Anda boleh dapatkan Xiaomi 13T di Lazada dan Shopee.
3. Vivo V30
Sekiranya kamera depan lebih penting bagi anda, Vivo V30 merupakan pilihan yang sangat menarik. Ini kerana, ia ada kamera depan 50MP OIS yang mampu merakam sehingga 4K 30fps. Lagi menarik, bukan sahaja beresolusi tinggi, kamera depannya turut hadir dengan ciri autofokus, jadi sesuai untuk anda yang nak lakukan vlog atau Live di TikTok. Nak rakam lama pun boleh sebab ia ada bateri paling besar 5,200mAh.
Untuk sistem kamera belakang pula, walaupun tidak dilengkapkan dengan kamera telefoto, ia hadir dengan kamera ultralebar yang memiliki ciri autofokus, serta satu-satunya telefon dengan lampu flash lembut Aura Light, di samping satu lagi lampu flash biasa. Ini sekali gus menjadikannya telefon terbaik untuk rakaman dalam situasi malap.
Anda boleh dapatkan Vivo V30 di Lazada dan Shopee.
4. Samsung Galaxy A55
Satu lagi opsyen yang bagus adalah Samsung Galaxy A55. Sistem kamera belakangnya tampil dengan kamera utama 50MP OIS yang mampu merakam sehingga resolusi 4K dengan HDR, serta turut ada bantuan EIS untuk penstabilan video yang lebih baik. Paling sesuai untuk anda yang nak rakam vlog YouTube sambil berjalan.
Selain itu, kamera ultralebar dan kamera selfie Galaxy A55 turut menyokong rakaman pada 4K 30fps, tetapi tanpa OIS dan autofokus. Di samping itu, nak buat rakaman ketika hujan renyai tak ada masalah kerana telefon ini ada tahap kalis air IP67.
Anda boleh dapatkan Samsung Galaxy A55 di Lazada dan Shopee.
5. Honor 200
Telefon pintar baru Honor 200 turut menampilkan fungsi kamera yang baik untuk keperluan merakam video. Ia ada kamera utama dan telefoto dengan sokongan OIS dan EIS, serta boleh merakam pada resolusi 4K 30fps pada semua kamera yang dimiliki termasuk kmaera utama, telefoto, ultralebar dan juga kmaera selfie.
Namun, yang menariknya, ia ada fungsi untuk merakam serentak pada kamera depan dan belakang. Bolehlah anda tunjuk suasana dan reaksi anda pada masa yang sama.