• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kerajaan sedia keluarkan pasport dengan tempoh sah laku 10 tahun, harga mungkin berbeza

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:34 pm
  • 13/07/2024
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan pengumuman Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada sekitar Februari lepas, kerajaan kini bersedia untuk mengeluarkan pasport dengan tempoh sah laku selama 10 tahun. Perkara tersebut dimaklumkan oleh menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dengan beliau memaklumkan tarikh pelaksanaannya akan diumumkan nanti.

Sebelum ini, pihak KDN dan Jabatan Imigresen telah menjalankan kajian libat urus untuk melihat sama ada sesuai ataupun tidak untuk Malaysia mengamalkannya. Menurut Saifuddin, tempoh sah laku pasport 10 tahun bukanlah benda baharu kerana kebanyakan negara jiran lain seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura sudah pun memperkenalkan tempoh sah laku pasport 10 tahun.



Tempoh sah laku pasport Malaysia buat masa sekarang adalah selama 5 tahun dengan kos memperbaharuinya adalah sebanyak RM200. Sementara masih tidak jelas berkenaan implementasi dan harga untuk tempoh sah laku pasport 10 tahun, Saifuddin ada mengatakan tempoh sah laku pasport lebih panjang ini adalah opsyen.

Ini bermakna, pilihan pembaharuan pasport selama 5 tahun masih dikekalkan, dan mereka yang mahukan 10 tahun untuk perbaharui perlu membayar lebih. Ini berbeza dengan Singapura yang memanjangkan tempoh sah pasport mereka daripada 5 kepada 10 tahun, sambil mengekalkan harga yang dikenakan.



Bagaimanapun, sekiranya tempoh sah laku pasport 10 tahun ini dilaksanakan di Malaysia kelak, ia pastinya dapat memberi pengguna pilihan memperbaharui pasport untuk tempoh lebih lama dan mengurangkan kekerapan orang ramai dalam memperbaharui pasport.

Dalam masa sama, Saifuddin turut memberitahu pasport Malaysia antara yang paling berkuasa berada di dunia, berada di kedudukan ke-12 dunia dengan peroleh perjalanan ke 183 negara tanpa Visa.

[Sumber: Sinar Harian]

Tags: kdnKementerian Dalam NegeriPasport
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Kerajaan sedia keluarkan pasport dengan tempoh sah laku 10 tahun, harga mungkin berbeza

13 July 2024
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN