• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

KDN pertimbang panjangkan tempoh sah laku pasport kepada 10 tahun

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:22 pm
  • 20/02/2024
  • Komen
KDN pertimbang panjangkan tempoh sah laku pasport kepada 10 tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Pada masa hadapan, kerajaan mungkin akan mengubah polisi mengenai tempoh sah laku pasport. Ini adalah kerana, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang dalam kajian untuk memanjangkan tempoh sah laku pasport daripada 5 tahun kepada 10 tahun.

Keputusan ini dibuat berdasarkan tinjauan di pelbagai negara jiran di rantau Asia yang telah pun memperkenalkan tempoh sah laku pasport sehingga 10 tahun. Ini termasuk negara seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan juga Singapura.



Datuk Seri Sarifuddin Nasution Ismail

Menteri KDN, Datuk Seri Sarifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya akan melakukan penyelidikan yang menyeluruh bagi mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak sebelum meneruskan dengan keputusan ini. Beliau juga percaya maklumat yang dikumpul dari tinjauan juga membolehkan keputusan dasar dibuat.

Perkara ini diumumkan oleh menteri tersebut ketika merasmikan pembukaan pejabat pasport baharu di Skyfunnel Zone Shaftsbury Tower. Bagaimanapun, keutamaan setakat ini diberikan kepada aspek penyelidikan terlebih dahulu, menurut Sarifuddin.



Oleh sebab itu, tarikh pelaksanaan pemanjangan tempoh sah pasport kepada 10 tahun mungkin tidak akan dilakukan dalam masa terdekat ini. Jika dilaksana, ia semestinya dapat mengurangkan kekerapan rakyat Malaysia untuk memperbaharui pasport.

Namun, tidaklah pasti sama ada harga bayaran pasport akan dikekalkan. Tetapi berdasarkan negara jiran Singapura, harga memperbaharui pasport masih dikekalkan ketika mereka melaksanakan pelanjutan tempoh sah pasport kepada 10 tahun.

Buat masa sekarang, jika anda mahu memperbaharui pasport, ia boleh dilakukan dengan kadar bayaran maksimum RM200.

[Sumber: Astro Awani, gambar]

Bacaan berkaitan

  • Anda boleh perbaharui pasport di KLIA, lebih banyak pejabat pasport dibuka hujung minggu
  • Tak perlu beratur nak perbaharui pasport dengan My Online Passport
Tags: imigresenjabatan imigresen malaysiakdnKementerian Dalam NegerikerajaanKerajaan MalaysiaPasportPasport MalaysiaSaifuddin Nasution
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

KDN pertimbang panjangkan tempoh sah laku pasport kepada 10 tahun

KDN pertimbang panjangkan tempoh sah laku pasport kepada 10 tahun

20 February 2024
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN