• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung umum TV hotel mereka kini sokong Apple AirPlay

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:19 pm
  • 16/07/2024
  • Komen
Samsung umum TV hotel mereka kini sokong Apple AirPlay
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung telah mengumumkan TV dalam kategori Hospitality TV mereka kini menerima sokongan Apple AirPlay. Bagi yang tidak tahu, Samsung Hospitality TV adalah kategori TV yang direka khas untuk kegunaan hotel, hospital atau apa-apa kegunaan komersial dengan mengintegrasikan solusi kawalan kandungan serta padat dengan ciri keselamatan.

Maka, ini membolehkan pengguna atau tetamu hotel untuk menstrim kandungan dengan selamat dan lancar di TV Samsung melalui peranti iOS dan iPadOS mereka. Dengannya, pengguna bukan setakat boleh menstrim rancangan atau filem contohnya di Netflix, tetapi boleh juga memainkan lagu, melihat foto/video serta bermain game terus di TV.



240216 Apple AirPlay Hotel LG

Untuk menyambungkan peranti iPhone atau iPad di Samsung Hospitality TV melalui AirPlay, ia boleh dilakukan dengan mengimbas QR unik pada skrin TV.

Samsung juga menegaskan bahawa sambungan adalah selamat dan tiada maklumat peribadi yang akan disimpan dalam sistem. Malah, maklumat berkenaan peranti yang dipautkan juga akan dipadam dengan sendirinya sesudah tetamu keluar. Ini sekali gus menyediakan ketenangan buat pengunjung dan dapat meningkatkan lagi pengalaman pengguna secara keseluruhan.



Bagi pihak pengurusan hotel dan pengendali, mereka boleh mengengemaskini sistem dengan mudah untuk menghidupkan AirPlay. Ini kerana, Samsung Hospitality TV ini mengintegrasikan sistem LYNK Cloud untuk tawarkan kandungan boleh diubah suai, pengurusan kawalan peranti jauh, serta pelbagai perkhidmatan hotel terus dari TV melalui platform e-dagang.

Selain itu, terdapat juga SmartThings Pro yang membolehkan sambungan lancar antara peranti IoT di sekitar hotel. Ciri ini membolehkan peranti IoT dikawal dalam satu papan pemuka, lantas memudahkan pihak pengendali mengurus dan memantau prestasi peranti.

Menurut Samsung, fungsi AirPlay akan tersedia pertamanya di model TV HBHU8000, dengan sokongan akan diberikan pada model lain pada masa akan datang. Dengan ini, Samsung menjadi pengeluar kedua yang menyokong AirPlay pada model TV hotel mereka selepas LG.

Untuk pengetahuan anda, TV biasa Samsung telah pun menyokong AirPlay pada model-model terpilih daripada tahun 2018 hingga 2023. Anda boleh mendapat keseluruhan model yang disokong di sini.

Bacaan berkaitan

  • Galaxy Z Fold 6 & Z Flip 6: Ini harga dan maklumat penjualannya di Malaysia
  • Galaxy Watch 7 & Watch Ultra: Jam kecergasan AI tahan lasak & memahami badan manusia
  • Samsung Galaxy Buds 3 & Buds 3 Pro: Dikuasakan Galaxy AI dan prestasi bateri lebih baik
Tags: airplayApple AirPlaysamsungSamsung Hospitality TV
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Samsung umum TV hotel mereka kini sokong Apple AirPlay

Samsung umum TV hotel mereka kini sokong Apple AirPlay

16 July 2024
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN