• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kegendalaan IT global terburuk dalam sejarah? Banyak syarikat Malaysia turut terjejas

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:54 pm
  • 19/07/2024
  • Komen
Kegendalaan IT global terburuk dalam sejarah? Banyak syarikat Malaysia turut terjejas
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa operasi perkhidmatan tempatan dilapor menghadapi kegendalaan servis pada waktu yang sama. Ia berikutan terdapat masalah IT yang menjangkiti peringkat global. Antara jenama yang melaporkan menghadapi masalah ialah seperti:

  • AirAsia
  • Bursa Malaysia
  • KLIA Express
  • Malaysia Airport Berhad
  • Pos Malaysia Berhad
Sumber

AirAsia melaporkan terdapat masalah dengan sistem tempahan dan daftar masuk. Jadi, mereka menjangkakan proses daftar masuk yang perlahan dan yang lebih panjang.



Sumber

Pengendali KLIA iaitu Malaysia Airpots Berhad pula mengatakan mereka tidak terjejas dengan masalah kegendalaan Microsoft ini. Namun, beberapa rakan penerbangan katanya terjejas tanpa memetik yang mana satu.

Sumber

Papan pemapar maklumat saham Bursa Malaysia pula dikatakan tidak berfungsi dan pihak mereka sedang menyiasat perkara tersebut. Walau bagaimanpun, operasi perdagangan tidak terjejas dan berjalan seperti biasa.



Sumber

Pihak Keretapi Tanah Melayu (KTMB) memaklumkan yang sistem tempahan tiket KITS dan semua saluran aduan Pusat Khidmat Pelanggan KTMB sedang mengalami gangguna teknikal disbebakan “Crowdstrike” Microsoft Windows. Proses baik pulih sedang dijalankan.

Sumber

KLIA Express juga berdepan masalah dengan sistem tempahan tiket mereka. Ia menyebabkan tiket tidak boleh dibeli melalui aplikasi, laman web, ataupun e-dompet. Mereka meminta penumpang untuk membeli tiket melalui kaunter fizikal.

Sumber

Pos Malaysia turut memberitahu pelanggan mereka yang gangguan teknikal sedang mereka hadapi akibat kegendalaan servis Microsoft.

Tags: AirAsiaitMicrosoft
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kegendalaan IT global terburuk dalam sejarah? Banyak syarikat Malaysia turut terjejas

Kegendalaan IT global terburuk dalam sejarah? Banyak syarikat Malaysia turut terjejas

19 July 2024
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026
Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

22 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN