• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Neta X kini di Malaysia pada harga bermula bawah RM120,000, ini promo tempahan awalnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:30 am
  • 26/07/2024
  • Komen
Neta X kini di Malaysia pada harga bermula bawah RM120,000, ini promo tempahan awalnya
Share on FacebookShare on Twitter

Neta X adalah SUV elektrik terbaharu masuki Malaysia. Ia bersaing secara langsung dengan model seperti BYD Atto 3, Hyundai Kona Electrik, Ora Good Cat, Chery Omoda E5, dan MG ZSEV pada harga sekitar RM150,000. Sebanyak tiga varian boleh pengguna pertimbangkan iaitu

  • Neta X 400 Comfort
  • Neta X 400 Luxury
  • Neta X 500 Luxury

Harga dan penjualan Neta X di Malaysia

Untuk maklumat anda, semua varian harga Neta X ditawarkan pada harga nawa daripada RM150,000 lantas jadikan antara EV paling mampu milik di Malaysia selepas Atto 3. Berikut adalah senarai harga kesemua varian untuk Neta X di Malaysia:



  • Neta X 400 Comfort – RM119.888
  • Neta X 400 Luxury – RM127,888
  • Neta X 500 Luxury – RM135,888

Daripada segi jaminan, Neta X dilindungi jaminan selama 5 tahun / 150,000km meliputi keseluruhan kenderaan. Jaminan tambahan iaitu 8 tahun / 180,000km pula diberikan untuk komponen bateri bervoltan tinggi, motor elektrik, battery management system, dan motor elektirk.

Promo tempahan awal sedang dijalankan oleh Neta untuk pengguna Malaysia. Pengedarnya, Intro Synergy, menawarkan nilai berganda ke atas deposit Neta X. Setiap tempahan RM1,000 akan digandakan oleh Neta X kepada RM2,000.



Selain itu, mereka juga boleh memilih untuk mendapatkan pengecas AC ataupun kredit pengecasan ChargEV dengan kuoata 2,500kWh kuota. Tawaran ini sah sehingga 31 Julai disamping tawaran penyelengaraan semula percuma 2 tahun ataupun 40,000km.

Spesifikasi Neta X di Malaysia

Semua varian Neta X adalah pacuan roda depan dengan motor elektrik beroutput 120kW (161hp) dengan tork setinggi 210Nm.

Sebagai perbandingan, berikut adalah angka-angka model pesaing.

  • BYD Atto 3 2024 – 150kW / 310Nm
  • MG ZS EV – 130kW / 280Nm
  • Ora Good Cat 400 – 105kW / 210Nm
  • Kona Electric e-lite – 100kW / 395Nm
  • Chery Omoda E5 – 115kW / 230Nm

Berbekalkan motor ini, ia boleh memecut daripada pegun kepada 100km/j dalam masa 9.5 saat sahaja. Varian 400 dan 500 merujuk kepada jarak kembaranya. Untuk 400, kapasiti bateri yang ia bawa adalah pada paras 51.8kWh yang boleh bawanya mengembara sejauh 323km (WLTP) manakala varian 500 dilengkapi tangki bateri 62kWh untuk berikan jarak kembara sejauh 410km.

Kedua-dua varian menerima kuasa AC pada paras 6.6kW ataupun kuasa DC pada paras 65kW (400 Comfort, 400 Luxury) dan varian 500 Luxury menyokong pengecasan DC 100kW.

Di bahagian kabin, pengguna boleh menemukan sistem inforia dengan skrin sebesar 15.6” yang menyokong Apple Car Play. Pemandu pula melihat maklumat pemanduan menerusi panel digital 8.9”. Tak seperti Neta V yang dirasakan bogel, Neta X adalah sebuah EV yang lebih semenggah kerana ada ciri-ciri bantu pandu aktif yang lebih lengkap seperti Adaptive Cruise Control dan macam-macam lagi sistem Advanced Driver assistance System (ADAS).

Tags: automotifautomotiveEVnetaneta x
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Neta X kini di Malaysia pada harga bermula bawah RM120,000, ini promo tempahan awalnya

Neta X kini di Malaysia pada harga bermula bawah RM120,000, ini promo tempahan awalnya

26 July 2024
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

25 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN