• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Proses sideload APP di Android sudah berubah, baca untuk tahu lebih lanjut

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:56 am
  • 05/08/2024
  • Komen
Ciri baharu Android ini boleh jimatkan 60% storan tanpa perlu nyahpasang aplikasi
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu kelebihan Android berbanding iOS adalah keupayaan sideload ataupun memasang aplikasi secara manual tanpa melibatkan gedung digital. Walau bagaimanapun, landskap sideload kini sedang berubah dan ia mungkin beri kesan kepada sebilangan daripada kita. Didapati yang Google Play kini hanya menjana fail pemasangan AAB dan bukannya APK untuk memasang aplikasi pada telefon.

FYI since people email @APKMirror about this several times a day… looks like Google stopped generating fat APKs for many apps entirely all of a sudden, and only bundles will be available from now on.

To my knowledge, there's nothing we can do about it.https://t.co/OrcKXDA7Kc

— Artem Russakovskii (@ArtemR) August 4, 2024

Apa itu AAB dan kenapa bukan APK?

Android App Bundles (AAB) diumumkan Google dalam tahun 2018 dan akan dijadikan standard kepada fail pemasangan perisian Android bermula 2021. AAB mengandungi fail-fail pemasangan yang perlu disuaikan dengan saiz skrin telefon, CPU, dan versi Android peranti sasaran.



Sebelum AAB, sideload banyak dilakukan menggunakan “fat APK” ataupun file pemasangan yang mengandungi semua kemugkinan peranti. Disebabkan itu, fail “fat APK” didapati lebih memakan ruang storan.

Sekiranya anda hanya lakukan pemasangan melalui Google Play Store, perkara ini tidaklah membimbangkan anda kerana Play Store akan lakukan semuanya secara automatik bagi pihak anda. Yang terkesan adalah pemasangan secara sideload secara manual ataupun daripada sumber pihak ketiga.



Hal ini kerana, Play Store tak lagi menjana “fat APK” sebaliknya hanya menjana AAB. Ia menyukarkan perkongsian fail pemasangan dengan pengguna lain. Kerana fail pemasangan yang diterima hanya padan dengan peranti Android berspesfikasi sepertinya.

Kelebihan Android App Bundle?

AAB dikatakan mempunyai kelebihan nyata berbanding APK. AAB mengoptimumkan penyaluran aplikasi kepada gajet dengan cara mengenal pasti spesifikasi peranti sasaran. Secara purata, fail pemasangan AAB menggunakan 15% kurang storan berbanding APK pemasangannya lebih pantas.

Menurut Google, lebih 1 juta aplikasi sudahpun memanfaatkan format AAB termasuklah aplikasi utama seperti Twittetr, Netflix,, dan Dualingo.

AAB bukan masalah besar tapi tetap leceh

Sekiranya anda banyak muat turun fail pemasangan aplikasi melalui pihak ketiga, ketahuilah yang sideload tak lama lagi perlukan aplikasi tambahan seperti APKMirror Installer, Split APKs Installer ataupun perlukan ADB untuk suntik aplikasi secara manual, seandainya fail pemasangan diperoleh daripada Google PlayStore.

Pembangun aplikasi yang tidak menawarkan aplikasi mereka di Google PlayStore bebas menawarkan fat APK, itupun selagi Android menyokong kaedah pemasangan ini.

Sumber: 9to5Google

Bacaan berkaitan

Siri Pixel 9 muncul di SIRIM, tanda pelancaran Malaysia tak lama lagi?

[TIPS] Cara Airdrop gambar dari telefon Android ke komputer Windows

Android kemas kini Mei 2024, terima ciri baharu di Google Messages, Home, dan WearOS

Tags: android
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Ciri baharu Android ini boleh jimatkan 60% storan tanpa perlu nyahpasang aplikasi

Proses sideload APP di Android sudah berubah, baca untuk tahu lebih lanjut

5 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER