• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

ZTE Blade A35, telefon Android yang sangat murah dijual di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 5:17 pm
  • 05/08/2024
  • Komen
ZTE Blade A35, telefon Android yang sangat murah dijual di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

ZTE ada melancarkan telefon murah, Nubia Music pada bulan Jun lepas berharga RM389 sahaja. Tetapi kini ZTE Malaysia memperkenal satu lagi telefon pintar yang jauh lebih murah, ZTE Blade A35.

Harga dan Ketersediaan

Telefon pintar ZTE Blade A35 telah dijual di Malaysia sekarang dan boleh dibeli dari stor online ZTE Malaysia di Shopee. Malah, ia diberi jaminan selama 18 bulan, atau 1.5 tahun. Harga rasminya di bawah RM350 iaitu:



  • ZTE Blade A35 (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM319

Dengan harga yang sangat murah ini, tidak salah untuk mengatakan bahawa ini adalah telefon pintar termurah ZTE di Malaysia. Malah, ia memiliki ciri-ciri yang mencukupi untuk sebuah telefon pintar biasa.

Spesifikasi ZTE Blade A35

ZTE mengenakan cip yang sama dengan Nubia Music pada Blade A35, iaitu cip Unisoc SC9863A 28nm. Ia dipadankan bersama RAM 4GB dan storan dalaman 64GB. Ia boleh menambah RAM maya sebanyak 8GB, menjadikan keseluruhan RAM kepada 12GB. Kad mikroSD diterima untuk meluaskan lagi storan.



Skrin Blade A35 agak besar, jenis LCD 6.75-inci. Tetapi resolusinya masih HD 720p serta ada kadar penyegaran 90Hz. Ini sesuatu yang sukar ditemui pada jenama lain untuk telefon di bawah RM400. Tetapi ia tiada pengimbas capjari.

Untuk kamera, di hadapan ia dipasang kamera 5MP dan diletakkan di dalam takuk kecil di dahi skrin. Di belakang, ia dilengkapi kamera utama 8MP dan kamera kedua dipanggil kamera AI.

Bateri juga agak besar, berkapasiti 5,000mAh dan mengecas melalui sambungan USB-C. Kuasa pengecas tidak dinyatakan, tetapi jangkakan ia hanyalah 10W seperti Nubia Music.

Agak menarik, ZTE menggunakan sistem operasi Android 14 pada Blade A35. Dengan harga yang sangat murah, telefon ini tiada sokongan WiFi 5 dan NFC. Speaker juga mono, tetapi ada jek audio 3.5mm

ZTE menyediakan dua warna pilihan untuk Blade A35, antara hijau dan hitam. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk ZTE Blade A35.

Bacaan Berkaitan

  • Nubia Music tiba di Malaysia, telefon murah ada speaker besar kuat dan dua jek audio
  • Nubia V60 Design, telefon murah ada NFC dan serupa iPhone bawah RM500
  • Nubia Focus 5G, telefon 5G termurah ZTE dengan kamera 108MP NeoVision AI
  • Nubia V60, telefon murah baru dari ZTE dengan NFC dan mirip iPhone 15 Pro Max
Tags: ZTEZTE Blade A35
Najib

Najib

POPULAR

ZTE Blade A35, telefon Android yang sangat murah dijual di Malaysia

ZTE Blade A35, telefon Android yang sangat murah dijual di Malaysia

5 August 2024
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN