• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Vivo V40 dengan quad-kamera Zeiss 50MP, akan datang ke Malaysia tidak lama lagi

  • OLEH Najib
  • 12:14 pm
  • 08/08/2024
  • Komen
Siri Vivo V40 dengan quad-kamera Zeiss 50MP, akan datang ke Malaysia tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia bakal memperkenal model baru untuk siri popular telefon pintar mereka, siri Vivo V40. Seperti sebelumnya, siri Vivo V40 akan meneruskan kerjasama Vivo dengan pakar lensa ZEISS dalam menghasilkan kamera hebat di telefon pintar.

Bagaimanapun, tarikh pelancarannya di Malaysia masih belum diumumkan. Jangkakan ia akan dilancarkan sekitar bulan Ogos ini.



Semakan di Stor Rasmi Vivo di Shopee mendapati, Vivo V40 telah disenaraikan dengan RAM 12GB serta dua pilihan storan, 256GB dan 512GB. Manakala Vivo V40 Pro tidak disenaraikan dengan pilihan RAM atau storan. Awal tahun ini, Vivo V30 Pro dilancar dengan RAM 12GB dan storan 512GB sahaja.

Untuk rujukan, siri Vivo V30 dilancar pada bulan Mac lepas pada harga berikut:



  • Vivo V30 (RAM 12G + 256GB) – RM1,999
  • Vivo V30 (RAM 12G + 512GB) – RM2,199
  • Vivo V30 Pro (RAM 12G + 512GB) – RM2,599

Spesifikasi siri Vivo V40

Walaupun belum dilancar, Vivo Malaysia telah mengaktifkan laman pelancaran siri Vivo V40 dengan maklumat terhad. Antaranya, kamera siri Vivo V40 dihasilkan dengan kerjasama ZEISS. Ia juga datang dengan sistem pencahayaan Aura Light OIS portrait.

Untuk Vivo V40 Pro, ia dilengkapi 4 kamera 50MP iaitu kamera utama ZEISS 50MP OIS, kamera ultra lebar ZEISS 50MP, kamera telefoto potret ZEISS 50MP dan kamera hadapan ZEISS 50MP.

Untuk warna, Vivo V40 Pro ditawarkan dalam dua warna iaitu perak dan putih. Bagi Vivo V40 pula, ada tiga warna disediakan iaitu ungu, oren, dan hitam.

Vivo V40 Pro (kiri) dan Vivo V40 (kanan)

Satu peningkatan pada siri Vivo V40 adalah kapasiti bateri. Ia akan dipasang dengan bateri 5,500mAh, terbesar untuk siri V. Kuasa pengecas masih sama, Vivo FlashCharge 80W. Boleh mengecas 100% dalam masa kurang 1 jam.

Naik taraf terbesar pada siri Vivo V40 adalah ia kalis air dan debu. Bagi Vivo V40, ia diiktiraf IP68 manakala Vivo V40 Pro, diiktiraf IP69. Ini membolehkan telefon dimasukkan ke dalam air segar sedalam 1.5 meter, sehingga 30 minit lamanya.

Lebih banyak maklumat pasti diketahui pada hari pelancaran siri Vivo V40 tidak lama lagi. Nantikan laporan daripada kami untuk mengetahuinya.

Bacaan Berkaitan

  • Siri Vivo V30 Malaysia: Bateri terbesar dan yang pertama dengan lencana Zeiss
  • Vivo V30e dengan Aura Light 3.0 mula ditawar pada harga RM1,399
  • [PROMO] Vivo V30 Pro dengan optik Zeiss, lebih murah untuk masa terhad
  • Vivo V30 5G turun harga, kini lebih murah selepas dua bulan
Tags: vivovivo v40vivo v40 pro
Najib

Najib

POPULAR

Siri Vivo V40 dengan quad-kamera Zeiss 50MP, akan datang ke Malaysia tidak lama lagi

Siri Vivo V40 dengan quad-kamera Zeiss 50MP, akan datang ke Malaysia tidak lama lagi

8 August 2024
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

10 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN