• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

[PROMO] Vivo V30 Pro dengan optik Zeiss, lebih murah untuk masa terhad

  • OLEH Najib
  • 10:52 am
  • 29/07/2024
  • Komen
240405 Sesi Fotografi Vivo V30 Pro
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia kini mengadakan promosi khas masa terhad untuk telefon pintar vivo V30 Pro 5G mereka. Telefon yang dihasilkan dengan kerjasama Zeiss, kini ditawarkan dengan diskaun RM200. Dari harga asal RM2,599, orang ramai boleh membeli Vivo V30 Pro pada harga RM2,399 sahaja.

Tawaran istimewa masa terhad Vivo V30 Pro ini boleh didapati dari sekarang, sehingga 30 Julai 2024 di Stor Online Vivo Malaysia, Lazada, Shopee dan TikTok.



Spesifikasi Vivo V30 Pro

Telefon pintar ini dilancar di Malaysia pada bulan Mac lepas, menawarkan kamera yang dihasilkan bersama dengan pakar optik, Zeiss. Ia datang dengan RAM 12GB dan storan 512GB, memudahkan pengguna menangkap gambar dan video lebih banyak tanpa risaukan muatan storan dalaman.

Prestasi tinggi pada Vivo V30 Pro disumbang oleh kuasa cip flagship Mediatek Dimensity 8200. Ia memiliki bateri 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas FlashCharge 80W. Tambah Vivo, bateri ini memiliki ketahanan sekurang-kurangnya 4-tahun.



Paparan di Vivo V30 Pro jenis AMOLED sebesar 6.78-inci, dengan resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 120Hz. Lubang kecil di dahi skrin, menempatkan kamera hadapan 50MP F2.0 dengan autofokus.

Di belakang, ia ada tiga kamera gandingan kamera utama 50MP F1.88 OIS, kamera ultralebar 50MP F2.0 dan kamera potret 50MP F1.85. Kehebatan kamera ini ditambah lagi dengan keupayaan Aura Light Portrait 3.0, dengan pencahayaan lembut untuk menjadikan gambar lebih cerah dan semulajadi.

Vivo V30 Pro menjalankan sistem operasi Funtouch OS 14, berasaskan Android 14. Ia ditawarkan dalam dua warna, antara hitam dan putih. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Vivo V30 Pro.

Bacaan Berkaitan

  • Siri Vivo V30 Malaysia: Bateri terbesar dan yang pertama dengan lencana Zeiss
  • Indahkan tangkapan gambar Raya anda menggunakan kamera ZEISS vivo V30 Pro dengan Aura Light 3.0 terbaru
  • Vivo V30e dengan Aura Light 3.0 mula ditawar pada harga RM1,399
Tags: vivovivo v30Vivo V30 Prozeiss
Najib

Najib

POPULAR

240405 Sesi Fotografi Vivo V30 Pro

[PROMO] Vivo V30 Pro dengan optik Zeiss, lebih murah untuk masa terhad

29 July 2024
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN