Apple dijangka akan melakukan reka semula Mac Mini mereka dan jangkakan perubahan radikal ke atasnya sejak kali pertama diperkenalkan dalam thaun 2010 oleh mendiang Steve Jobs. Selain badan lebih kompak, spesifikasi juga akan diperbaik seperti kehadiran cip M4 dan port I/O lebih pantas.
Mac Mini 2024 lebih kompak & pertenaga
Mac Mini 2024 dikatakan akan menjadi desktop paling kecil pernah ditawarkan Apple, ia hampir menyamai sebuah Apple TV 4K.
Sebagai perbandingan, Apple TV 4K mempunyai ukuran 3.1 x 9.3 cm sementara Mac Mini sekarang 3.6 x 19.7 cm. Cabaran terbesar yang perlu ditempuhi adalah mengawal selia haba yang terhasil sewaktu beroperasi, mungkin sebab itu badannya akan sedikit lebih tinggi berbanding biasa, bagi menempatkan komponen sistem penyejuk.
Satu lagi spekulasi yang hangat diperkatakan adalah konfigurasi Mac Mini 2024 yang ditawarkan. Katanya, Mac Mini 2024 akan hadir dalam versi M4 dan M4 Pro. Mungkin ada pengguna yang perlukan desktop lebih berkuasa tapi tidak mempunyai bajet untuk sebuah Mac Studio. Sebagai rujukan Mac Studio ditawarkan pada harga bermula RM9,499 sementara Mac Mini sekarang ditawarkan pada harga sehingga RM5,599.
Untuk ketersambungan, tidaklah diketahui apakah naik taraf yang boleh dilakukan mereka. Contohnya di Mac Mini versi M2 Pro, ia sudah dilengkapi 4 Thunerbolt 4, HDMI, 2 USB-A, dan Ethernet. Mungkin kita akan melihat penawaran yang sama pada versi bukan Pro.
Sekiranya Mac Mini 2024 direalisasikan, ia adalah produk kedua yang menggunakan Apple M4 selepas iPad Pro (M4). Mac Mini baharu berkemungkinan besar akan diumumkan dalam bulan November selari dengan pelancaran model sebelum ini.
Sumber: Bloomberg
Bacaan berkaitan
5 Terbaik: Tablet sokong pen stailus, skrin besar laju dan tak mahal sangat
Apple AirTag bantu berjaya dapatkan semula kereta dicuri di Suria KLCC
Mac mini dikemas kini dengan cip M2 dan harga permulaan lebih rendah, bermula RM2,499