• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google Pixel Buds Pro 2: Tensor A1 dengan ANC dua kali ganda lebih baik

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:48 am
  • 14/08/2024
  • Komen
Google Pixel Buds Pro 2: Tensor A1 dengan ANC dua kali ganda lebih baik
Share on FacebookShare on Twitter

Selain telefon, Google turut melancarkan fon putik Google Pixel Buds Pro 2. Ini adalah sekuek kepada Google Pixel Buds Pro yang mereka umumkan dalam tahun 2022 tempoh hari. Ada beberapa naik taraf yang dibawakan Google kali ini.

Tensor A1: SoC terbaharu Google khas untuk audio

Google mengumumkan mereka mengguna pakai Tensor A1 pada Google Pixel Buds Pro 2. Ini adalah cip khas yang dibangunkan untuk produk audio Google. Dikatakan yang cip ini memberikan keupayaan Buds Pro 2 mencapai tahap ANC dua kali ganda lebih baik berbanding sebelumnya. Tahap ANC juga dilaraskan secara masa nyata oleh sistem yang mencerap tahap hingar sekeliling pada kadar 3 juta kali sesaat dan menapis bunyi bising terutamanya yang berada dalam frekuensi pertenghahan.



Apabila mendengar muzik, fon putik ini menyokong teknologi audio spatial dengan ciri penjejak kepala. Ia berikan kesan anda mendengar audio seperti berada dalam ruang 3D. Selain itu, sumber audio disalurkan menggunakan laluan khas dalam sistem pemerosesan Buds Pro 2 ini. Jadi, kualiti muzik tidak akan terjejas akibat sistem ANC fon putik ini. Audio disalurkan kepada gegendang telinga anda menerusi pemacu bersaiz 11mm.

Bercakap tentang saiz, Pixel Buds Pro 2 kini 27% lebih kompak dan 24% lebih kecil berbanding sebelumnya.



Pixel Buds Pro 2 dengan integrasi Google Gemini

Bagi menyebarluaskan manfaat pembantu maya Google Gemini, pengeluarnya turut mengintegrasikan Gemini ke dalamnya. Jadi fonputik ini bukan sekadar gajet untuk mendengar audio, malahan boleh juga digunakan untuk berinteraksi dengan teknologi AI Google secara bebas tangan.

Anda boleh gunaka ciri seperti Gemini Live untuk meminta cadangan ataupun mendapatkan maklumat yang diingini. Perbualan dengan Gemini boleh dimulakan semuah “Hey, Google, let’s talk live” dan anda boleh bersembang dengan chatbot AI secara masa nyata.

Google turut memasukkan ciri Find My Device ke dalam gajet ini. Sekiranya barang anda hilang, anda boleh gunakan telefon Android anda untuk mencarinya.

Pixel Buds Pro 2 ada hanyat bateri sehingga 8 jam

Walaupun lebih kecil berbanding sebelumnya, hayat bateri fon putik ini tidak dikorbankan. Dengan satu bateri penuh dan ANC diaktifkan, ia boleh berkhidmat sehingga 8 jam lamanya. Bekas penyimpannya juga mempunyai bateri tambahan dan ia bekalkan waktu guna sehingga 30 jam.

Selain dengan kabel, bekas penyimpanan Pixel Buds Pro 2 juga boleh dicas menggunakan pad pengecas wayarles berpiawaiain Qi ataupun cas sahaja dibelakang Pixel 9 menggunakan ciri pengecasan berbalik.

Harga Google Pixel Buds Pro 2

Pixel Buds Pro 2 akan mula dijual pada 26 September 2024 ini dalam pasaran terpilih. Di Amerika Syarikat, harga jualannya adalah USD229 (RM1,020). Produk ini sudahpun tersenarai dalam Google Malaysia dan nantikan pengumuman penjulannya dalam pasaran kita sedikit masa lagi.

Layari laman rasmi Pixel Buds Pro 2 untuk maklumat lanjut.

Sumber: Google

Tags: Googlegoogle pixelgoogle pixel buds pro 2
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Google Pixel Buds Pro 2: Tensor A1 dengan ANC dua kali ganda lebih baik

Google Pixel Buds Pro 2: Tensor A1 dengan ANC dua kali ganda lebih baik

14 August 2024
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER