• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo Y03t dilancarkan, telefon murah ada storan 128GB dan kalis air IP54

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:45 pm
  • 20/08/2024
  • Komen
Vivo Y03t dilancarkan, telefon murah ada storan 128GB dan kalis air IP54
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo nampaknya telah melancarkan sebuah telefon peringkat permulaan terbaru untuk pasaran Malaysia, iaitu Y03t. Walaupun tiada pengumuman rasmi oleh Vivo Malaysia, telefon itu telah muncul di laman web mereka dan ia merupakan kemas kini daripada Y03 yang dilancarkan sekitar April lepas.

Harga Vivo Y03t di Malaysia

Vivo Y03t terbaru ini sudah boleh mula dibeli di stor dalam talian Vivo dan ia didatangkan dalam satu konfigurasi RAM dan storan. Dilihat harganya masih kekal sama seperti Y03 sebelum ini. Untuk lebih jelas, berikut adalah harga jualan Y03t di Malaysia:



  • Vivo Y03t (RAM 4GB dan storan 128GB) – RM399

Seperti Y03, model terbaru Y03t ini juga ditawarkan dalam pilihan warna yang sama iaitu hitam dan hijau.

Dengan harga RM399, Vivo Y03t dapat dilihat menyertai telefon permulaan lain seperti ZTE Blade A55, Oppo A18 dan Redmi A3 yang ditawarkan pada harga bawah dan sekitar RM400 untuk RAM 4GB dan storan 128GB.



Spesifikasi Vivo Y03t

Vivo Y03t masih mengekalkan rekaan dan sejumlah spesifikasi yang sama seperti Y03 sebelum ini. Vivo Y03t menggunakan skrin LCD 6.56-inci sama dengan resolusi HD 720p dan kadar penyegaran 90Hz. Panel skrinnya juga ada kecerahan puncak pada 528 nits.

Atas papan utama, Vivo Y03t menggunakan cip berbeza, Unisoc T612, iaitu sedikit turun taraf berbanding MediaTek Helio G85 yang digunakan di Y03. Bagaimanapun, kombinasi RAM 4GB dan storan 128GB masih dikekalkan untuk Y03t. Jika tidak mencukupi, RAM boleh diperluas lagi 4GB secara dinamik dan terdapat slot kad mikro-SD untuk meluaskan storan.

Tiada perubahan pada sistem kamera. Y03t menampilkan kamera utama 13MP dan kamera depth 0.08MP. Takuk di atas skrin pula menempatkan unit kamera selfie 5MP. Untuk tenaga, bateri berkapasiti 5,000mAh dimuatkan pada Y03t dan ia boleh dicas dengan kuasa 15W melalui USB-C.

Selain itu, telefon ini turut ada pengiktirafan kalis percikan air dan debu IP54, pengimbas cap jari di butang kuasa dan memiliki jek audio 3.5mm untuk sambungan audio berwayar.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Vivo di sini.

Tags: ​ Vivo MalaysiavivoVivo Y03tY03t
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Vivo Y03t dilancarkan, telefon murah ada storan 128GB dan kalis air IP54

Vivo Y03t dilancarkan, telefon murah ada storan 128GB dan kalis air IP54

20 August 2024
Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

19 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER