• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo A18 kini lebih murah, turun harga bawah RM400

  • OLEH Najib
  • 12:17 pm
  • 30/07/2024
  • Komen
Oppo A18 kini lebih murah, turun harga bawah RM400
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon murah Oppo kini lebih murah. Oppo A18 yang dahulunya dilancar pada harga RM499, kini diumumkan telah turun harga kekal. Oppo Malaysia baru-baru ini mengumumkan, Oppo A18 kini dijual pada harga RM399 sahaja. Walaupun murah, Oppo A18 memiliki prestasi yang cukup untuk berfungsi sebagai telefon pintar harian. Ia ada RAM dan storan yang luas, skrin cerah serta bateri yang besar dan mengecas melalui USB-C.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan Oppo A18 dengan harga baru RM399 ini, boleh membelinya di Stor Online Oppo Malaysia serta Stor Rasmi Oppo di Lazada.



Spesifikasi Oppo A18

Telefon ini memiliki prestasi lebih baik dari asas. Ia dikuasakan cip MediaTek Helio G85, bersama RAM LPDDR4X 4GB dan storan dalaman eMMC 5.1 seluas 128GB. RAM ini boleh diluaskan secara maya, menjadi 8GB.

Paparannya dari jenis LCD seluas 6.56-inci, dengan resolusi HD+ (1612×720) dan kadar penyegaran 90hz. Kecerahan puncaknya mencecah 720nits. Pengimbas capjari ada di butang kuasa di tepi telefon.



Takuk kecil di atas skrin, memuatkan kamera hadapan 5MP F2.2. Manakala di belakang, ia menggandingkan dua kamera iaitu kamera utama 8MP F2.0 dan kamera mono 2MP F2.4.

Oppo melengkapi telefon ini dengan bateri berkapasiti 5,000mAh. Ia mengecas melalui port USB-C di bawah tetapi tidak menjelaskan kuasa mengecas yang disokong. Berkemungkinan hanya 10W sahaja.

Selain itu, telefon ini tiada sokongan NFC maka tidak boleh membuat pembayaran melalui Google Pay atau tambah nilai kad Touch n Go NFC di telefon. Speaker juga mono tetapi ia ada jek audio 3.5mm.

Sistem operasi Android 13 dengan antaramuka ColorOS 13.1 digunakan pada Oppo A18. Ia ditawarkan dalam dua pilihan warna, antara hitam dan biru. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Oppo A18.

[Sumber: Oppo Malaysia]

Bacaan Berkaitan

  • Oppo A18, telefon bajet dengan bateri gergasi 5,000mAh
  • Oppo A3 Pro, telefon pintar tahan lasak ekstrem IP54 dan mampu milik
  • Oppo A60 dilancarkan di Malaysia, ada kamera 50MP dan kalis air IP54 bawah RM1,000
Tags: oppooppo a18
Najib

Najib

POPULAR

Oppo A18 kini lebih murah, turun harga bawah RM400

Oppo A18 kini lebih murah, turun harga bawah RM400

30 July 2024
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN