• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Proton e.MAS 7 sertai perarakan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:56 am
  • 29/08/2024
  • Komen
Proton e.MAS 7 Merdeka 2024

Proton e.MAS 7 Merdeka 2024

Share on FacebookShare on Twitter

Perarakan Hari Kebangsaan ke-67 bakal jadi sesuatu yang istimewa buat rakyat Malaysia khususnya Proton. Hal ini kerana, ia akan disertai EV pertama jenama itu, Proton e.MAS 7, dan itulah kali pertama ia dipertontonkan kepada umum sejak pengumumannya.

Walau bagaimanapun, sebelum pelancaran rasmi Proton e.MAS 7 yang dijadualkan dalam bulan Disember 2024, semua kemunculannya di khalayak ramai adalah dalam bentuk berbalut pelekat camo. Perkara yang menarik adalah, pelekat camo yang mereka gunakan untuk Hari Merdeka 2024 ini lebih berwarna warni bermotifkan bendera Malaysia berbanding warna biru bosan yang kami lihat di majlis previunya tak lama dahulu.



@soyacincautiktok

Proton dah dedahkan nama dan rupa EV pertama mereka. Proton e.MAS7 akan temui ada tahun 2024. Sementara itu, jom kita walkaround #soyacincautiktok #soyacincau #ev #proton #emas #fyp #longervideo

♬ original sound – SoyaCincautiktok – SoyaCincautiktok

Bagi mempamerkan evolusi kenderaan hasilan Proton daripada awal hinggalah masa ini, sebanyak 24 kereta Proton lain akan turut berarak bermula daripada Proton Saga yang dilancarkan tahun 1989 hinggalah Proton X70 (2025) yang baru saja dilancarkan tak lama dulu.

e.MAS 7 kejuruteraan bersama Proton dan Geely

Proton e.MAS 7 adalah EV Proton yang akan dilancarkan dalam tahun 2024 ini. Fizikalitinya mirip sebuah Geely Galaxy E5 untuk pasaran China tapi ia bukanlah penjenamaan sebula. Sebaliknya, versi right-hand drive kepada Galaxy E5 dibangunkan oleh Proton bersama-sama Geely dengan pembabitan lebih 230 jurutera kita.



Antara maklumat yang kita ada adalah seperti e.MAS 7 dibangunkan berasaskan Global Modular Architecture (GMA) yang turut akan digunakan dalam penghasilan model Proton yang akan datang. e.MAS 7 diletakkan dalam kategori SUV segmen C dengan panjang 4,615mm dan lebar 2,750mm, dimensi yang sama dengan Galaxy E5.

Motor yang memacu kenderaan ini mengandungi 12 kompoenen dalam satu dan tenaga disalurkan oleh sistem bateri berteknologi Aegis Short Blade yang katanya melepasi ujian lasak. Sistem inforia Proton e.MAS 7 menggunakan sistem operasi berasaskan Flyme Auto yang dibangunkan oleh Meizu.

Pada segi harga, rakyat Malaysia mengharapkan EV pertama Proton ini dipasarkan bawah RM100,000. Hal ini kerana Galaxy E5 dalam pasaran China ditawarkan pada harga permulaan RM60,000 sahaja.

Bacaan berkaitan

EV Proton e.MAS 7 dilihat terokai jalan Kuala Lumpur

Proton eMAS 7: Kenapa EV marhaen ini bukan sekadar rebadge Geely Galaxy E5

Proton e.MAS: Ini 5 perkara yang perlu anda tahu

Tags: automotifEVprotonProton e.MASproton emas 7
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Proton e.MAS 7 Merdeka 2024

Proton e.MAS 7 sertai perarakan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya

29 August 2024
Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

21 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER