• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Touch ‘n Go dan Loka Made perkenal kad NFC dan beg tote Edisi Terhad Merdeka

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:39 pm
  • 30/08/2024
  • Komen
Touch ‘n Go dan Loka Made perkenal kad NFC dan beg tote Edisi Terhad Merdeka
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-67, Touch ‘n Go Sdn Bhd telah bekerjasama dengan Loka Made untuk memperkenalkan kad Touch ‘n Go (TnG) Enhanced dan beg tote edisi terhad bertemakan Merdeka. Pelancaran ini bertujuan untuk meraikan semangat kemerdekaan dan kepelbagaian budaya negara.

Menariknya, kad dan beg tote ini menampilkan ilustrasi bangunan-bangunan dan kawasan ikonik di Malaysia. Ia termasuk Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, Muzium Sadthuys Melaka, Menara Komtar, Dewan Undangan Negeri Sarawak, Jambatan Angkat Kuala Terengganu, Dataran Lang dan banyak lagi.



Kad TnG Enhanced x Loka Made
Beg tote TnG x Loka Made

Di samping itu, dilihat terdapat juga ilustrasi monorel, bas Rapid dan plaza tol yang yang menggambarkan sektor pengangkutan di Malaysia. Menurut TnG, rekaan ikonik ini merupakan simbol perpaduan dan kebanggaan yang mengingatkan sejauh mana pencapaian negara Malaysia.

Kad TnG Enhanced dan beg tote edisi Merdeka ini dijual dalam kuantiti terhad, dengan hanya 8,700 unit tersedia untuk kad, manakala set bundle merangkumi beg tote dan kad tersedia hanya 300 unit. Oleh itu, ini juga bermaksud beg tote ini tidak tersedia untuk dibeli secara berasingan.



Kalau anda berminat untuk mendapatkannya, kad TnG x Loka Made ini boleh dibeli pada harga RM25 di Pusat Perkhidmatan & Jualan Touch n Go di Bangsar South dan NU Sentral, serta di Lazada dan Shopee. Sementara set bundle beg tote dan kad pula dijual pada harga RM60 dan tersedia eksklusif di Shopee.

Bacaan berkaitan

  • Dapatkan kad Touch n Go x Inside Scoop, untuk diskaun aiskrim Inside Scoop sampai tahun 2025
  • Kad Touch n Go Luxe kembali, kini berwarna hijau keemasan dan harga tidak berubah
  • Touch n Go lancar kad Hot Wheels edisi terhad, boleh menang tol percuma 1 tahun
  • Touch ‘n Go x Shopee keluarkan kad tema Hari Raya, tawar pakej bundle
Tags: Loka Madenfctngtng enhancedTouch n Go
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Touch ‘n Go dan Loka Made perkenal kad NFC dan beg tote Edisi Terhad Merdeka

Touch ‘n Go dan Loka Made perkenal kad NFC dan beg tote Edisi Terhad Merdeka

30 August 2024
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
KTM Komuter akan terima bayaran kad kredit, Apple Pay dan Samsung Pay tidak lama lagi

Bajet 2027: Pas My50 diteruskan, MyKomuter50 bakal diperkenalkan untuk KTM Komuter

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN