• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kadar keuntungan Aeon Bank turun ke 0.88%, tapi ada cara anda boleh dapat 3.00%

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:00 pm
  • 01/09/2024
  • Komen
Kadar keuntungan Aeon Bank turun ke 0.88%, tapi ada cara anda boleh dapat 3.00%
Share on FacebookShare on Twitter

Kempen promosi kadar keuntungan 3.88% Aeon Bank sewaktu pembukaannya kini sudah tamat pada 31 Ogos 2024. Bank digital patuh syariah pertama Malaysia itu telahpun mendedahkan kadar keuntungan sebenar untuk Saving Account-i dan dalam masa yang sama lancarkan prompsi terbaharu hingga 31 Disember 2024 ini.

Dividen Saving Account-i Aeon Bank 0.88%

Berbanding dividen 3.88% yang diperkenalkan pada Saving Account-i, kadar keuntungan sekarang turun kepada 0.88%. Walau bagaimanapun, pengguna boleh menikmati kadar lebih tinggi sekiranya menyimpan wang ke dalam Savings Pot.



Oleh sebab itu, seandainya anda mahukan pulangan yang lebih tinggi, anda perlu pindahkan dana anda daripada Saving Account-i kepada Savings Pot. Beza Savings Pot dengan Saving Account-i adalah dana di dalam Savings Pot tidak boleh digunakan untuk pembayaran menggunakan kad ataupun DuitNow QR.

Dana daripada Savings Pot boleh dipindah ke Saving Account-i pada bila-bila masa sekiranya perlu.



Sebagai perbandingan, GXBank tawarkan 3.00% untuk Savings Account dan Savings Pockets sehingga diberitahu. Boost Bank pula tawarkan 2.5% untuk Savings Account dan 3.6% untuk Saving Jars (4% untuk Special Jars) sebagai sebahagian daripada promosi sehingga 31 Disember 2024.

Perli diingatkan bahawa Aeon Bank memerlukan baki minimum RM20 di dalam Savings Account. Contohnya, kalau baki akaun Savings Account-i anda ada RM100, hanya RM80 boleh dibelanjakan.

Promo baru Aeon Bank sehingga 31 Disember 2024

Rentetan daripada tamatnya promosi pembukaan 31 Ogos 2024 dulu, mereka perkenalkan pula promo baharu yang berlangsung sehingga 31 Disember ini.

Antara yang terkandung dalam promo baru ini adalah pendaftar baru akan terima 1,000 Aeon Points (sebelum ini 3,000 Aeon Points). Yuran RM12 untuk pengeluaran Debit Card-i juga dikecualikan oleh Aeon Bank.

Sekiranya berminat, anda boleh muat turun aplikasi Aeon Bank di Apple AppStore dan Google PlayStore.

Guna Debit Card-i, parking 2 jam percuma di Aeon Mall

Menggunakan Debit Card-i Aeon Bank, anda boleh dapat beberapa manfaat emnarik. Salah satunya adalah parkir percuma selama 2 jam di Aeon Mall tertentu. Antara outlet yang terlibat adalah Aoen Mall Metro Prima, Cheras Selatan, Taman Equine, Rawang, Melaka, Taman Maluri, AU2 Setiawangsa, Shah Alam, Ipoh Kita City, Kota Bharu, Bukit Mertajam, dan banyak lagi.

Setiap RM1 yang dibelanjakan di Aeon Mall akan berikan anda 1 Aeon Point berbanding 3 Aeon Point sewaktu tempoh peromosi dulu. Buat pengetahuan anda, Aeon Point boleh ditukarkan kepada tunai ke dalam Saving Account-i pada kadar 200 mata kepada RM1.

Anda boleh layari laman rasmi Aeon Bank untuk maklumat lanjut.

Tags: Kadar keuntungan Aeon Bank turun ke 0.88%
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kadar keuntungan Aeon Bank turun ke 0.88%, tapi ada cara anda boleh dapat 3.00%

Kadar keuntungan Aeon Bank turun ke 0.88%, tapi ada cara anda boleh dapat 3.00%

1 September 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Xiaomi Mijia Washer Dryer kini rasmi di Malaysia, hanya RM1,499 untuk masa terhad

Xiaomi Mijia Washer Dryer kini rasmi di Malaysia, hanya RM1,499 untuk masa terhad

7 August 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER