• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple Watch Series 10: Lebih nipis dan kini ada badan titanium

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:01 am
  • 10/09/2024
  • Komen
Apple Watch Series 10: Lebih nipis dan kini ada badan titanium
Share on FacebookShare on Twitter

Di acara It’s Glowtime, selain melancarkan barisan iPhone 16 dan Airpods terbaharu, Apple turut mengumumkan Apple Watch Series 10. Ini adalah Apple Watch paling nipis dan paling canggih pernah dihasilkan. Sebelum pergi lebih lanjut kepada spesifikasi, senarai harga Apple Watch Series 10 untuk pasaran Malaysia sudahpun ada.

Harga Apple Watch Series 10 di Malaysia

Apple Watch Series 10 ditawarkan dalam dua kemasan badan iaitu Aluminium dan yang lebih mahal, Titanium. Setiap satu kemasan itu pula tampil dengan dua saiz sama ada 42mm ataupun 46mm.



Untuk kemasan Aluminium, pengguna mempunyai lebih pilihan sama ada yang tiada sambungan Cellular ataupun ada. Akhir sekali, semua varian kemasan Titanium hadir dengan fungsi Cellular.

Berikut adalah senarai harga Apple Watch Series 10 di Malaysia



  • Aluminium 42mm WiFi – RM1,799
  • Aluminium 42mm Cellular – RM2,299
  • Aluminium 46mm Wi-Fi – RM1,949
  • Aluminium 46mm Cellular – RM2,449
  • Titanium 42mm Cellular – RM3,299
  • Titanium 46mm Cellular – RM3,549

Spesifikasi Apple Watch Series 10

Seperti yang dikatakan tadi Apple Watch Series 10 ini kira-kira 10% lebih nipis berbanding generasi terdahulu namun ia masih mampu kekalkan hayat penggunaan 18 jam, sama panjang seperti sebelumnya.

Di bahagian muka, Apple mengatakan panel paparan Apple Watch Series 10 adalah yang terbesar dan paling canggih. Jam ini kini ada papaaran 30% lebih berbanding genrasi lampau dan 40% lebih cerah manfaat panel wide-angle OLED yang diguna pakainya.

Atas papan utama, Apple Watch Series 10 diperkasa cip Apple S10. Cip tersebut menawarkan prestasi yang lebih baik disamping mengandungi teras Neural Engine untuk jam tangan ini memanfaatkan Apple Intelligence.

Buat penggemar sukan air, Apple Watch Series 10 memiliki sensor suhu air dan sensor kedalaman. Jadi anda boleh dapatkan maklumat berkaitan suhu air dan kedalaman anda sewaktu berenang ataupun snorkelling.

Di bahagian bateri, selain hayat penggunaan 18 jam, pengguna juga perlu tahu yang sistem pengecasannya telah ditambah baik. Bateri mampu diisi 80% dalam masa 30 minit sahaja manakala mengecas selama 15 minit memberikan waktu guna sehingga 8 jam.

Apple turut menambah baik spekaer pada Apple Watch Series 10. Ia adalah Apple Watch pertama yang boleh memainkan audio terus daripada pergelangan tangan.

Anda boleh layari laman rasmi Apple Watch Series 10 untuk maklumat lanjut.

Tags: appleapple watchapple watch series 10
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Apple Watch Series 10: Lebih nipis dan kini ada badan titanium

Apple Watch Series 10: Lebih nipis dan kini ada badan titanium

10 September 2024
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN