• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi TV Max 100: Skrin 100” harga bawah RM10,000, ngam untuk PS5 Pro anda?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:18 am
  • 27/09/2024
  • Komen
Xiaomi TV Max 100: Skrin 100” harga bawah RM10,000, ngam untuk PS5 Pro anda?
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi di majlis pelancaran siri Xiaomi 14T turut melancarkan beberapa produk menarik. Salah satu daripadanya adalah sebuah TV pintar gergasi bersaiz 100” dengan nama model Xiaomi TV Max 100. Harganya untuk pasaran Eropah adalah EUR2,000 (~RM9,244) ataupun varian 85″ lebih murah pada EUR1,300 (~RM6,000).

Harga tukaran terus itu amat menarik kerana ia jauh lebih murah berbanding pesaing. Sebagai perbandingan, Samsung 98” QLED Q80C 4K Tizen OS Smart TV dijual pada harga RM30,000 ataupun Hisense 100Q7N pada harga RM18,000.



Xiaomi TV Max 100 ada kadar segar semula mengelirukan

Seperti yang dikatakan tadi, Xiaomi TV Max 100 adalah sebuah TV 100” beresolusi 4K UHD (3,840 x 2,160). Dikatakan ia mengguna pakai panel QLED dengan cakupan DCI-P3 94. Kadar segar semula TV ini agak mengelirukan. Berdasarkan helaian spesifikasi, kadar segar semula natif panel ini adalah 120Hz tapi MEMC 4K pada 120Hz. Kemudian, dalam siaran media Xiaomi pula, kadar segar semula natif dinyatakan pada kadar 144Hz pula. Berapakah kadar segar semula sebenar?

Sekiranya memang benar kadar segar semula natifnya melebih 120Hz, makanya ia sesuai untuk dijadikan dipadankan dengan konsol PlayStation 5 Pro anda. Xiaomi TV Max 100 juga menyokong Dolby Vision, HDR10+, dan juga HLG.



Xiaomi TV Max 100 diperkasa Android TV 11

Sebagai sebuah TV pintar, Xiaomi TV Max 100 menjalankan sistem operasi Android TV 100. Atas papan utamanya, ia diperkasa SoC kuadteras A73 dan GPU Mali G52MC1. Dalam sistem operasi TV ini ada Smart Home Control Hub, Chromecast, dan juga Miracast untuk kemudahan anda. Port I/O yang disediakan adalah dua USB 2.0, komposit, Ethernet, 3.5mm audio, optikal, dan DVB-T2.

TV ini bukan sahaja besar, ia juga berat. Seunit Xiaomi TV Max 100 tanpa kaki penyangga adalah seberat 63kg. Kalaulah anda dapatkannya, silalah berhati-hati dengan mencari penyangkut VESA yang bersesuaian dengan beratnya.

Anda boleh layari laman rasmi Xiaomi TV Max 100 untuk maklumat lanjut.

Tags: xiaomixiaomi tv maxxiaomi tv max 100
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Xiaomi TV Max 100: Skrin 100” harga bawah RM10,000, ngam untuk PS5 Pro anda?

Xiaomi TV Max 100: Skrin 100” harga bawah RM10,000, ngam untuk PS5 Pro anda?

27 September 2024
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN