• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Satelit GPS Akan Terima Kemas Kini Malam Ini

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:21 pm
  • 19/12/2018
  • Komen
Satelit GPS Akan Terima Kemas Kini Malam Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Kemas kini 20/12/2018 – 02:42 PM

Waktu pelancaran baru diumumkan, livestream bermula 21/12/2018 pada jam 03:03 pagi



Team is working toward launch of GPS III SV01 tomorrow, December 20. Weather remains a challenge; currently forecasted at 20% favorable during the 26-minute launch window which opens at 9:03 a.m. EST, 14:03 UTC.

— SpaceX (@SpaceX) December 20, 2018

Kemas kini 20/12/2018 – 09:18 AM

Pelancaran ditangguhkan sebab masalah sensor..



Standing down from today’s launch attempt of GPS III SV01 to further evaluate out of family reading on first stage sensors; will confirm a new launch date once complete.

— SpaceX (@SpaceX) December 19, 2018


GPS adalah gugusan satelit milik Amerika Syarikat yang digunakan sebagai penentu kedudukan.

Satelit GPS yang pertama dilancarkan pada tahun 1978 dan setakat ini dah ada 33 satelit yang menjalankan fungsi yang serupa. Tetapi malam ini, U.S akan melancarkan satelit GPS generasi ke-3 untuk kemas kini sistem yang sudahpun berusia lebih 40 tahun itu.

Falcon 9 and GPS III SV01 are vertical on Pad 40 in Florida. Vehicle and weather are go for tomorrow’s 26-minute launch window, which opens at 9:11 a.m. EST, 14:11 UTC → https://t.co/gtC39uTdw9 pic.twitter.com/BUAxrKXSkC

— SpaceX (@SpaceX) December 18, 2018

GPS III SV01 adalah satelit pertama daripada sejumlah 10 satelit yang akan dilancarkan dalam tahun-tahun yang akan datang. Apakah manfaat GPS yang baru ini berbanding yang lama?

Ada tiga fokus utama satelit generasi baru ini. Yang pertama adalah ketepatan. Sistem sedia ada memberikan ketepatan dalam julat 7 meter hingga 10 meter, dengan kehadiran GPS III, ia bakal ditambah baik menjadi 2 meter hingga 4 meter.

Sumber gambar

Kedua, ia lebih rintang daripada risiko musuh merencatkan fungsi satelit. Fungsi ini memberikan lebih kelegaan kepada ketenteraan A.S yang bergantung pada GPS untuk merancang taktikal ketenteraan mereka.

Ketiga, GPS III direka dengan jangka hayat lebih panjang. Ia dicipta untuk bertahan 15 tahun di dalam orbit, 25% lebih lama berbanding model terdahulu.

GPS bukanlah satu-satunya satelit penjejak yang ada. Negara lain turut ada gugusan satelit mereka yang tersendiri. Negara Kesatuan Eropah (EURO) ada satelit Galileo, Rusia pula ada GLONASS, China ada BeiDou, India dengan NAVIC, manakala Jepun menggunakan QZSS.

Jika anda berminat untuk menonton pelancaran GPS III SV01, livestream akan bermula sekitar 10:11 malam, 19 Disember 2018 waktu Malaysia. Ia boleh ditonton di laman web  www.spacex.com/webcast atau menerusi YouTube di bawah

Tags: gps
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Satelit GPS Akan Terima Kemas Kini Malam Ini

Satelit GPS Akan Terima Kemas Kini Malam Ini

19 December 2018
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER