• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Intel Core 200S bawa manfaat NPU pada desktop anda, ini 5 pilihan yang anda ada

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:22 am
  • 12/10/2024
  • Komen
Intel Core Ultra 200s
Share on FacebookShare on Twitter

Intel membawakan naik taraf saujana yang telah mereka lakukan pada CPU laptop menerusi siri Core Ultra 200V (Lunar Lake), kepada CPU deskop dengan pelancaran siri Core Ultra 200S (Arrow Lake). Core Ultra 200S adalah sekuel kepada Intel Core Generasi ke-14 yang menyaksikan bukan setakat perubahan fizikal teapi perubahan pada tatacara penamaan. Mereka tidak lagi merujuk kepada Core Ultra 200S sebagai generasi ke-15.

Intel Core Ultra 200s 5 varian yang disediakan

Intel Core Ultra 200S guna senibina ciplet

Seperti yang mereka lakukan pada Core Ultra 200V, Core Ultra 200S turut mengguna pakai senibina ciplet. Pakej CPU yang terdiri daripada beberapa cip kecil ini adalah pendekatan yang pertama kali digunakan Intel pada produk desktop mereka. Ciplet-ciplet ini menjalankan tugasan khusus seperti CPU, GPU, NPU, dan lain-lain yang saling berhubung di atas tapak yang menyatupadukan mereka.



Intel Core Ultra 200s gunakan rekaan ciplet

Kalau di SoC telefon, ia gunakan satu tatacara pembinaan yang sama. Tapi untuk Core Ultra 200S, ciplet GPU dihasilkan guna TSMC 5nm, CPU TSMC 3nm, manakala komponen-komponen lain menggunakan TSMC 6nm. Intel hanya menghasilkan tapak pempakejan sahaja.

5 varian pertama Intel Core Ultra 200S

Sebanyak 5 varian Intel Core Ultra 200S telah diumumkan. Berikut adalah 5 varian pertama yang akan temui pengguna dalam masa terdekat.



  • Intel Core Ultra 5 245KF
  • Intel Core Ultra 5 245K
  • Intel Core Ultra 7 265KF
  • Intel Core Ultra 7 265K
  • Intel Core Ultra 9 285K
Spesifikasi Intel Core Ultra 200S

Variasi antara varian-varian ini sudah tentu pertama pada bilangan terasnya. Core Ultra 5 245 dilengkapi 14 teras yang terdiri daripada kombinasi 6 P-Core dan 8 P-Core sementara Core Ultra 9 285 yang paling tinggi ada 24 teras (8+16).

Abjad F pada Core Ultra 5 245KF dan Core Ultra 7 265KF merujuk kepada ketiadaan GPU Intel Xe di dalam pakej pemproses itu. Hal ini bermakna ia boleh dijual pada harga lebih rendah memandangkan ada pengguna desktop yang ingin memanfaatkan GPU luaran seperti Nvidia dan AMD untuk tujuan gaming.

Perlu diingatkan yang NPU pada Intel Core Ultra 200S tidaklah seperkasa yang ada di Intel Core Ultra 200V. NPU di siri 200V boleh membuahkan output sehingga 48 TOPS lantas melayakkannya untuk menerima lencana Microsoft Co-Pilot+. Walau bagaimanapun di siri 200S, hanya 13 TOPS namun dikatakan ia masih mampu berikan ciri-ciri AI asas seperti Windows Studio Effects.

Prestasi Intel Core Ultra 200S berbanding generasi lepas

Kalau anda berminat untuk mengetahui bagaimanakah perbezaan prestasi pemproses desktop ini berbanding yang lepas, Core Ultra 200S katanya berikan prestasi multibenang 14% lebih baik dan prestasi ekabenang 8% lebih baik berbanding generasi sebelumnya.

Penggunan tenaga Intel Core Ultra 200S berbanding generasi lepas

Salah satu ciri utama Core Ultra 200S adalah pengenalan NPU, pertama seumpamanya dalam produk desktop Intel. NPU ini katanya 50% lebih produktif berbanding apa yang ditawarkan oleh solusi pesaing. Daripada segi penggunaan tenaga, ia menggunakan 58% lebih rendah tenaga untuk selesaikan tugasan yang sama berbanding generasi sebelumnya dengan penurunan sehingga 165W kuasa sewaktu gaming. Penggunaan tenaga yang rendah diterjemah kepada sistem yang lebih senyap.

Sumber: Intel

Tags: Intelintel coreIntel Core Ultraintel core ultra 200s
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Intel Core Ultra 200s

Intel Core 200S bawa manfaat NPU pada desktop anda, ini 5 pilihan yang anda ada

12 October 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER