• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Fungsi Windows Sandbox Ini Benarkan Anda Bermain “Api” Tanpa Melecur

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:27 pm
  • 20/12/2018
  • Komen
Fungsi Windows Sandbox Ini Benarkan Anda Bermain “Api” Tanpa Melecur
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam lapangan keselamatan komputer, sandbox merujuk pada cara melakukan ujian aplikasi secara terpisah daripada sistem utama. Tujuannya adalah untuk mengelakkan tunjang sistem terkompromi jika aplikasi ujian itu ada virus yang boleh mengancam sistem utama.

Analoginya adalah seperti mencuba kereta di pusat pameran sebelum berkeputusan untuk bawanya pulang ke rumah. Fungsi tersebut akan tiba di sistem operasi Windows sebagai Wndows Sandbox.



Contoh Windows Sandbox

Menggunakan fungsi itu, satu persekitaran komputer sementera akan diwujudkan, terasing daripada sistem utama, untuk anda mencuba apa-apa aplikasi sebelum memasangnya ke dalam sistem komputer utama.



Cara aktifkan Windows Sandbox

Sejurus, Windows Sandbox dipadamkan, semua maklumat yang ada di dalamnya turut akan terpadam. Ia memberikan satu lagi lapisan keselamatan kepada sistem anda. Ada 5 kunci untama kenapa Windows Sandbox berguna untuk pengguna:

  • Ia adalah fungsi yang sedia terbina dalam sistem operasi, maka pengguna tak perlu memasang aplikasi tambahan.
  • Setiap kali dilancarkan Windwos Sandbox akan berikan persekitaran yang lengkap dan baru.
  • Tiada yang kekal dalam Sandbox ini dan ia akan hilang sejurus sesuatu sesi dipadamkan.
  • Keselamatannya terjamin kerana persekitaran maya ini terpisah daripada kerangsa sistem utama.
  • Disebabkan ia adalah hasilan Windwos, Sandbox ini efisien daripada segi keserasian dengan Windows.

Berikut adalah berapa krateria yang perlu dipenuhi sebelum anda menggunakan Windows Sandbox:

  • Hanya hadir di Windows 10 Pro ataupun Enterprise daripada versi Insider 18305 keatas.
  • Menggunakan architecture AMD64
  • BIOS yang menyokong virtualization
  • RAM sekurang-kurangnya 4GB
  • Storan sekurang-kurangnya 1GB
  • Teras CPU sekurang-kurangnya 2

Biasanya, hal-hal virtual desktop dilakukan menggunakan perisian pihak ketiga seperit VirtualBox.

[Sumber: Microsoft]

Tags: Microsoftmicrosoft windowsmicrosoft windows 10
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Fungsi Windows Sandbox Ini Benarkan Anda Bermain “Api” Tanpa Melecur

Fungsi Windows Sandbox Ini Benarkan Anda Bermain “Api” Tanpa Melecur

20 December 2018
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN