• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Steam mahu ingatkan pengguna bahawa pembelian hanya berikan akses digital sahaja

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:32 pm
  • 15/10/2024
  • Komen
Steam Deck, alternatif yang lebih munasabah berbanding Nintendo Switch
Share on FacebookShare on Twitter

Anda biasa beli permainan di Steam? Kini, terdapat perubahan yang dilakukan di dalam Steam bagi mengingatkan pengguna berkenaan hak milik pembelian permainan di Steam. Ini kerana, laporan terbaru mendedahkan terdapat mesej yang akan muncul di troli pembelian di Steam, dengan kenyataan “Pembelian produk digital memberikan lesen untuk produk di Steam.”

Melalui kenyataan tersebut, Valve mahu menekankan bahawa permainan yang dibeli dari Steam hanyalah memberikan lesen digital kepada permainan tersebut, dan bukannya menjadi hak milik terus kepada pembeli. Langkah yang Steam lakukan ini mungkin disebabkan undang-undang yang baru-baru ini diluluskan di California untuk melindungi pengguna berkaitan kandungan digital.



Rang undang-undang tersebut ditandatangani oleh Gabenor California, Gavin Newsom, dan ia memerlukan penjual kandungan digital untuk berterus terang tentang hak milik pembelian bagi sesuatu kandungan digital. Ini supaya pengguna tahu dan jelas bahawa kandungan digital yang dibeli menjadi hak milik mereka ataupun hanya memberikan lesen digital untuk akses permainan tersebut.

Sumber gambar: Windows Central

Namun, Valve kelihatan memberikan pendedahan tentang perkara ini kepada pengguna lebih awal, memandangkan undang-undang tersebut akan dikuat kuasa bermula tahun 2025. Menurut sumber, kenyataan itu telah pun dipaparkan di Steam United Kingdom, bermakna tidak terhad hanya di Amerika Syarikat, di mana undang-undang tersebut terpakai dan dikeluarkan ke semua pengguna Steam.



Perkara ini dibangkitkan rentetan daripada Ubisoft yang menghentikan pelayan permainan The Crew, meninggalkan orang ramai yang sudah pun membeli permainan tidak memiliki akses pada permainan tersebut. Ini sekali gus membuka mata orang ramai bahawa permainan yang dibeli bukanlah menjadi hak milik, tetapi hanya memberikan akses digital kepada produk tersebut.

Berbeza dengan permainan offline terdahulu kita boleh muat turun dan main selama-lamanya tanpa bergantung pada pelayan untuk bermain. Era digital ini telah menyebabkan pengguna tidak memiliki kandungan yang dibeli, termasuk musik, permainan dan filem yang dibeli. Pembelian adalah perjanjian sewaan selagi penyedia perkhidmatan kekal menawarkannya.

Bagaimanapun, langkah Steam untuk memperjelaskan perkara ini kepada khalayak ramai merupakan satu langkah yang bagus. Tetapi mungkin, Valve juga perlu menghasilkan alternatif permainan dalam mod offline bagi mengelakkan apa yang berlaku kepada Ubisoft.

[Sumber: Windows Central]

Tags: Steamvalve
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Steam Deck, alternatif yang lebih munasabah berbanding Nintendo Switch

Steam mahu ingatkan pengguna bahawa pembelian hanya berikan akses digital sahaja

15 October 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER