• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

HMD Fusion, telefon modular berkuasa Snapdragon 4 Gen 2 tiba di Malaysia

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:45 pm
  • 21/10/2024
  • Komen
HMD Fusion, telefon modular berkuasa Snapdragon 4 Gen 2 tiba di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Pada September lepas, HMD telah melancarkan telefon dengan rekaan modular yang dipanggil HMD Fusion. Selepas hampir dua bulan pelancaran antarabangsanya, kini HMD Fusion akhirnya telah memasuki pasaran Malaysia walaupun tiada pengumuman rasmi yang dilakukan syarikat tersebut.

Harga dan ketersediaan HMD Fusion di Malaysia

Sekiranya berminat, HMD Fusion sudah pun disenaraikan di stor rasmi Nokia di Shopee dan ia ditawarkan dalam satu konfigurasi RAM 8GB dan storan 256GB pada harga RM1,299. Kelihatan ia juga ditawarkan dengan kombo alat kawalan gaming yang dinamakan ‘Gaming outfits’ untuk tambahan RM100.



Tetapi buat masa ini, kedua-dua telefon dan kombo ini boleh didapatkan pada harga lebih murah RM1,199. Namun, sarung ‘outfits’ Fusion yang menyediakan fungsi tambahan seperti pengecasan wayarles, lampu ring dan perlindungan lebih tahan lasak masih lagi belum ditawarkan.

Selain sarung ‘outfits’ HMD, anda juga boleh mencetak rekaan 3D sarung tersendiri menggunakan Development Toolkit. Kit itu menyediakan garis bentuk dan dimensi telefon, antara muka pin yang digunakan serta maklumat berkenaan pembangunan perisian dan pengaturcaraan untuk membolehkan ianya berfungsi.



Spesifikasi HMD Fusion

Daripada segi rekaan telefon, HMD Fusion ini menampilkan panel belakang separa lut sinar yang menampakkan skru dan komponen bateri, selain pin sambungan di bawah. HMD Fusion ini turut memiliki ‘kebolehbaikan generasi ke-2’ untuk kemudahan membaiki komponen seperti bateri, skrin, panel belakang dan port pengecas menggunakan panduan iFixit.

HMD Fusion dikuasakan cip berkelas pertengahan Snapdragon 4 Gen 2. Cip itu dipadankan dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Ia juga masih mengekalkan slot kad mikro-SD untuk membolehkan storan diperluas lagi 1TB.

Panel paparan yang digunakan pada HMD Fusion adalah LCD berukuran 6.56-inci dengan resolusi hanya HD 720p. Skrin itu juga menyokong kadar penyegaran 90Hz dan kecerahan puncak 600 nits. Di atas skrin, terdapat kamera hadapan 50MP dan di belakang pula ia menggunakan dua kamera iaitu kamera utama 108MP dan kamera depth 2MP.

Tenaga telefon disalurkan oleh bateri berkapasiti 5,000mAh dengan HMD dakwa telefon ada jangka hayat sehingga 65 jam. Untuk mengecas, ia menyokong pengecasan 33W USB-C tetapi HMD memaklumkan blok pengecas tidak disertakan dalam kotak.

Untuk perisian, HMD Fusion didatangkan dengan Android 14 dan HMD menjanjikan kemas kini OS 2 kali dan keselamatan selama 3 tahun. Selain itu, ciri lain yang ada pada HMD Fusion ini termasuk Bluetooth 5.1, NFC, 5G, pengimbas cap jari di butang kuasa dan kalis percikan air dan debu IP54.

Sebarang maklumat lanjut anda boleh dapatkan di laman produk HMD Fusion.

Bacaan berkaitan

  • HMD Skyline di Malaysia, telefon dengan bateri dan skrin boleh ditukar secara DIY
  • HMD Pulse Pro dan Plus dilancar di Malaysia, telefon pintar mudah diperbaiki sendiri
  • Telefon Android jenama HMD dilancar Julai ini
Tags: hmdHMD Fusionhmd global
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
HMD Fusion, telefon modular berkuasa Snapdragon 4 Gen 2 tiba di Malaysia

HMD Fusion, telefon modular berkuasa Snapdragon 4 Gen 2 tiba di Malaysia

21 October 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER