• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung perlengkap gajet rumah 2025 dengan biometrik, hindar godaman IoT

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:35 pm
  • 22/10/2024
  • Komen
Samsung perlengkap gajet rumah 2025 dengan biometrik, hindar godaman IoT
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung mengumumkan mereka giat memperteguh sistem keselamatan kelengkapan rumah berkuasa AI dengan Samsung Knox. Ia bukan sahaja melindungi peralatan itu sendiri, malah peralatan lain yang saling berhubung padanya. Ia bagi mengelakkan sebarang serangan siber dilakukan melalui peranti IoT mereka.

Di Samsung Developer Conference 2024 (SDC24), mereka mengumumkan yang penggunaan Knox Matrix bakal diperluas ke setiap peralatan rumah Samsung. Sebelum ini, Know Matrix direka sebagai sistem keselamatan untuk peranti mudah alih dan TV Samsung. Kini, ia akan menjalankan pemantauan secara aktif antara satu sama lain untuk mencari potensi serangan yang memaklumkan pengguna sekiranya perlu.



Know Matrix pertama kali diperkenalkan pada peranti rumah pada Bespoke 4-Door Refrigerator with AI Family Hub 2024. Dalam bulan Februari 2024 lalu, Samsung berolah skor Diamond dalam IoT Security Rating daripada UL Solution. Selain peti sejuk itu, dua lagi peralatan rumah yang menerima pengiktirafan yang sama ialah Bespoke AI Laundry Combo dan juga Bespoke Jet Bot Combo AI.

3 teras utama Samsung Knox Matrix

Knox Matrix dibangun bertunjangkan teknologi blockchain. Tiga teras utama yang menjadi asas kepada Know Matrix adalah:



  • Trust Chain: Peranti memantau keselamatan antara satu sama lain
  • Cross Platofrm: Piawaian keselamatan yang sama tidak mengira sistem operasi
  • Credential Sync: Perkongsian data secara berwatikah untuk pastikan tahap kerahsiaan tertinggi

Sistem biometrik di kelengkapan rumah Samsung 2025

Salain Knox Matrix, Samsung juga mengumumkan mereka akan mula mengguna pakai sistem pengesahan biometrix di peralatan-peralatan rumah pintar mereka. Solusi seperti Passkey membolehkan pengguna mengakses ciri pintar seperti skrin di peti sejuk menggunakan pengesahan di telefon tanpa perlu memasukkan kata laluan.

Data sensitif pula akan disimpan peranti tersebut di dalam Knox Vault, komponen keselamatan fizikal yang dipateri di atas papan utama peranti itu sendiri tanpa perlu data pergi ke awan. Ia lantas membasmi risiko pecah masuk melalui kerentanan sistem operasi ataupun perisian.

Sumber: Samsung

Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Samsung perlengkap gajet rumah 2025 dengan biometrik, hindar godaman IoT

Samsung perlengkap gajet rumah 2025 dengan biometrik, hindar godaman IoT

22 October 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER