Mac Mini adalah komputer kompak terbaharu daripada Apple. Ia bukan sahaja Mac terkecil pernah dihasilk Apple, malahan Mac Mini paling berkuasa dengan cip M4 baharu. Walaupun begitu, tumpuan netizen beralih daripada cip berkuasa kepada sesuatu yang lebih “penting”, kedudukan butang kuasa yang terletak di belakang.
Segelintir pengguna membayangkan yang posisi butang kuasa itu bakal adalah tidak intuitif.
Sekiranya anda mengikuti majlis pelancaran Mac Mini, anda akan dapati yang kedudukan butang kuasanya masih di belakang, seperti sebelumnya, tapi ada perubahan kerana ia menghadap ke bawah.
Maka, netizen yang tak boleh duduk diam pun mulalah merencana solusi kreatif terutamanya yang mempunyai akses kepada pencetak 3D.
Masalah Mac Mini selesai dengan 3D printer?
Antara solusi yang ditemukan dalam Internet adalah rekaan butang kuasa seakan jongkat-jongket. Satu tuil yang dilekatkan pada satu fulkrum di tengah akan mengangkat hujung tuil yang satu lagi untuk menekan butang kuasa Mac Mini.
Satu lagi yang direncana adalah butang fizikal di atas badan Mac Mini itu sendiri. Apabila ditekat, tuil di sisi badan komputer akan turut terangkat, lantas menekan buang kuasa Mac Mini.
Walau bagaimanapun, tidaklah diketui sama ada solusi ini berkesan ataupun tidak kerana Mac Mini masih lagi berada dalam fasa tempahan awal. Kedua-dua inovasi ini hanya boleh dibuktikan selepas produk Apple itu menembusi pasaran kelak.
Posisi butang kuasa Mac Mini tak pelik
Posisi butang kuasa Mac Mini bukanlah sesuatu yang pelik. Semua produk Apple sebelum ini seperti Mac Studio, iMac, malahan Mac Mini M2, mempunyai butang kuasa di bahagian belakang. Bezanya, butang kuasa mereka menghadap kebelakang berbanding ke bawah pada Mac Mini baharu ini.