• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pas My50 Rapid KL akan henti guna MyKad bermula 2025

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:49 pm
  • 11/11/2024
  • Komen
LRT Laluan Ampang tergendala akibat landasan bengkok, tren berpatah balik di Plaza Rakyat dan Bandaraya
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke mengumumkan yang pas tanpa had Rapid KL My50 akan berpindah daripada MyKad kepada alternatif lain dalam tahun 2025. Antara yang sedang dipertimbangkan adalah mengintegrasikan My50 ke dalam kad TNG ataupun pembayaran berasaskan QR.

Keputusan untuk tidak lagi menggunakan MyKad adalah selaras dengan inisiatif pendigitalan pengangkutan awam disamping mengurangkan risiko kerosakan ataupun kehilangan dokumen pengenalan diri yang penting itu.



Dalam bulan Oktober 2024 yang lalu, kerajaan anda mengumumkan yang pembelian pas My50 akan boleh dilakukan menerusi TNG eWallet untuk mengurangkan pengguna yang beratur di kaunter. Selain daripada pas My50 di TNG eWallet, kerajaan juga sedang menguji kaedah pembayaran terbuka menggunakan kad kredit dan debit untuk memecahkan monopoli TNG pada segi pembayaran pengangkutan awam.

231106 Pas MyRapid Online

Pengumuman ini asalnya dibuat dalam bulan Mac 2023 lalu dan katanya menjelang Februari 2025, 50% pintu masuk di setiap stesen dijangka akan menerima pembayaran kad kredit dan debit. Menjelang Ogos 2025, semua pintu masuk dan keluar akan menyokongnya.



Apa itu Rapid KL My50?

My50 adalah pas perjalanan 30 hari yang membolehkan penggunaan tanpa had beberapa pengangkutan awam yang dikendalikan Prasarana. Pengangkutan awam tersebut adalah Rapid KL LRT, MORT, Monorail, BRT, Rapid KL bus, dan MRT feeder bus.

Perlu dimaklumkan yang My50 juga boleh digunakan di Pulau Pinang namun My50 versi Pulau Pinang dikenali sebagai My50 Mutiara dan tidak boleh digunakan merentasi negeri, sama seperti jika My50 Rapid KL tidak boleh digunakan di Rapid Penang.

Inisiatif My50 diperkenalkan sejak tahun 2021 dan dilanjutkan tahun demi tahun. Terbaharu, ia dilanjutkan lagi, seperti pengumuman yang dibuat sewaktu pembentangan Belanjawan 2025.

Menurut YB Anthony Loke, sebanyak 220,000 pengguna My50 aktif setiap bulan memanfaatkan inisiatif ini dan ia dianggap sangat berjaya.

Sumber: NST

Tags: brtlrtMRTmy50pas My50rapidRapid KLRapidKLtngtng ewallet
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

LRT Laluan Ampang tergendala akibat landasan bengkok, tren berpatah balik di Plaza Rakyat dan Bandaraya

Pas My50 Rapid KL akan henti guna MyKad bermula 2025

11 November 2024
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

26 May 2026
Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

31 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN