• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TM tawar pascabayar percuma 6 bulan buat pelanggan Unifi Home Broadband

  • OLEH Putra Aziz
  • 11:36 am
  • 14/11/2024
  • Komen
TM tawar pascabayar percuma 6 bulan buat pelanggan Unifi Home Broadband
Share on FacebookShare on Twitter

TM kini sedang jalankan promo waktu terhad kepada pelanggan Unifi Home Broadband. Mereka tawarkan pascabayar Unifi Mobile percuma selama 6 bulan untuk dinikmati. Tiada sebarang bayaran pendahuluan diperlukan dan tiada sebarang bayaran akan dikenakan untuk 6 bulan tersebut.

Promo ini ditawarkan untuk pelanggan Unifi Home Broadband sedia ada yang lakukan port-in nombor telefon luar seperti CelcomDigi, Maxis, U Mobile, ataupun Yes. Perlu diingatkan yang pendaftaran nombor baharu tidak layak untuk menikmati promosi ini.



Tawaran pascabayar Unifi Mobile percuma 6 bulan ini berlangsung sehingga 31 Januari 2025 dan pelanggan boleh memilih salah satu daripada dua pelan berikut:

  • Uni5G Postpaid 69 (RM69/bulan): Data tanpa had, panggilan tanpa had, dan kuota hotspot 60GB.
  • Uni5G Postpaid 39 (RM39/bulan): Data 30GB (4G + 5G), panggilan tanpa had dan kuota hotspot 60GB.

Selain langganan percuma selama 6 bulan, tiada juga kontrak dikenakan ke atas langganan tersebut. Buat pelanggan yang berminat, boleh lakukan permohonan SIM Uni5G secara dalam talian dan perkhidmatan penghantaran SIM turut disediakan.



Pastikan sebarang tungakkan bil untuk telco sedia ada dijelaskan dan tiada sebarang kontrak diikat pada langganan semasa anda.

Anda boleh lawati laman rasmi Unifi untuk maklumat lanjut.

Tags: TMUnifiunifi broadband
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

TM tawar pascabayar percuma 6 bulan buat pelanggan Unifi Home Broadband

TM tawar pascabayar percuma 6 bulan buat pelanggan Unifi Home Broadband

14 November 2024
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN