Buat yang menggemari seni media baru, IMMERSIO 2024 kini sedang berlangsung. Lokasinya adalah di GMBB dan ia akan berada di sana antara 22 November hingga 22 Disember 2024. IMMERSIO 2024 menerokai kekayaan budaya rantau ini melalui seni yang menyentuh semua deria.
Fileman adalah kurator seni media baru yang bertanggungjawab menghmpunkan lebih 50 karya digital merentasi 32 artis yang bergiat aktif di Asia Tenggara. Tahun ini, tema yang diguna pakai adalah “Maya”. Maya adalah perkataan Sanskrit yang membawa maksud ilusi dan magis.
IMMERSIO 2024 menjadi jambatan antara teknologi dan imaginasi. 3 seksyen IMMERSIO 2024 menanti anda**.**
Seksyen Maya: Chronopolitics, Quest, Diaspora, dan Symbiosis
Seksyen Maya mengandungi 4 tema iaitu Chronopolitics, Quest, Diaspora, dan Symbiosis. Ia mempamerkan sisi alternatif landskap sosial dan budaya Asia Tenggara.
Antara artis yang mempamerkan hasil mereka ialah seperti:
- Malaysia: Arrvin Raj, Aw Boon Xin, Cahaya Create, Jay Young, Tan Kian Ming, Kicau Bilau, Raito Low, Silas Oo Wei Sheng, Shafiq Amirul, Suzy Sulaiman, Rufiyan Ramli, Tan Yun Yi, Tan Zi Hao, Zafree Azhar
- Jepun: Kinnara: Desi La
- Fillipina: Pauline Despi
- Singapura & Indonesia: Dara(h) Collective
- Singapura: Fong Wei Han, Siew Guang Hong
- Thailand: Pavee
Kesemua karya seni ini ditapis oleh kurator Koh Kai Ting.
Sekyen daripada kolektif Asia Tenggara
Seksyen ini mengandungi kolektif-kolektif yang bergerak dalam Asia Tenggara. Mereka berikan ekspresi sendiri tentang maya.
Antara kolektif yang menyertai Immersio 2024 adalah seperti:
- Malaysia: Kapallorek (Perak), Mud Layar (Selangor), Tumbuktikus (Kelantan), Zontiga (Kuala Lumpur), Command.io (Malaysia/Singapura)
- Indonesia: GengRambutan, Makmur Djaja
- Vietnam: 084Visual
- Singapura: LIVEHUMANSUBJECT, SG Creative Technologist
Seksyen iNYALA: Ketengahkan karya pelajar institut pengajian tinggi
IMMERSIO 2024 tidak ketinggalan mencari bakat baharu dalam kalangan mahasiswa institut pengajian tinggi. Terdapat juga penyertaan daripada pelajar The One Academy, Universiti Sains Malaysia (USM), dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Anda akan dihidangkan dengan perspektif dan inovasi segar daripada artis generasi baharu.
Macam mana nak lawati IMMERSIO 2024?
IMMERSIO 2024 boleh anda lawati di bangunan GMBB antara 22 November hingga 22 Disember 2024.
Pameran dibuka antara jam 11 pagi hingga jam 8 malam setiap hari, kecuali pada hari Isnin. Harga tiket masuk adalah seperti berikut:
- RM20 – 1 dewasa
- RM80 – kumpulan 5 dewasa
- RM150 – kumpulan 10 dewasa
- RM5 – kanak-kanak bawah 12 tahun, warga emas, dan OKU
Anda boleh pergi ke halaman pembelian tiket dalam talian IMMERSIO 2024 untuk maklumat lanjut.