Ini mungkin alternatif Toyota Alphard kalau anda ingin berhijrah kepada dunia EV. Jenama Zeekr dah masuki Malaysia dengan penawaran dua model pertama mereka iaitu Zeekr 009 dan Zeekr X. Zeekr 009 adalah MPV elektrik 7 tempat duduk yang luas dan besar, ala sebuah Toyota Alphard sementera Zeekr adalah sebuah SUV 5 tempat duduk.
Harga Zeekr 009 di Malaysia
Zeekr 009 ditawarkan di Malaysia dalam dua varian. Berikut adalah harganya:
- Zeekr 009 Luxury (7 tempat duduk) – RM349,800
- Zeekr 009 Ultra-Luxury (6 tempat duduk) – RM349,800
500 pendaftaran pertama Zeekr 09 akan terima hadiah berikut:
- Zeekr Wallbox (RM8,000)
- Granny Charger
- tinted cermin
MPV elektrik ini dilindungi jaminan 5-tahun/150,000km untuk kenderaan, 8-tahun/160,000km untuk bateri, dan ketersambungan dalam kereta percuma, selama 2 tahun.
Spesifikasi Zeekr 009
Buat masa ini, Zeekr 009 adalah MPV elektrik paling premium dan berkuasa dalam pasaran Malaysia. EV ini adalah pacuan semua roda dengan output kuasa setinggi 450kW (603hp) dan tork setinggi 693Nm. Walaupun sebuah MPV, ia mampu pecut dengan pantas. Kelajuan pegun ke 100km/j MPV ini mengambil masa 4.5 saat sahaja.
Motor Zeekr 009 mengambil tenaga daripada bateri berkapasiti 116kWh dengan jarak kembara WLTP sejauh 582km. Apabila perlu diisi, ia menerima arus DC pada paras 150kW dengan isian daripada 10% ke 80% mengambil masa sekitar 30 minit. Ia juga terima arus AC pada kadar 11W.
Antara ciri-ciri premium yang lain boleh anda temukan adalah seperti sistem pengampai multi-link jenis double-wishbone. Ia juga sistem pengampai berasaskan udara dengan pencari ufuk automatik.
Di bahagian dalam, bergantung kepada varian yang anda pilih, anda terima konfigurasi tempat duduk sama ada 2-2-3 ataupun 2-2-2. Kerusi penumpang paling depan ada ciri memori, pengudaraan, darta urutan. Untuk penumpang belakang, mereka masuki kabin melalui pintu gelongsor elektrik 1.1m dan duduk di kerusi Sefaro First Class, yang juga ada fungsi memori, urutan, dan pengudaraan.
Banyak skrin boleh dimanfaatkan ada Zeekr 009. Ia ada skrin inforia 15.05” OLED. Penumpang belakang pula ada skrin OLED 17”. Pemandu ada skrin kluster 10.25” LCD dan juga HUD sewaktu memandu. Audio dkeluarkan menerusi 30 unit speaker yang bertebaran di sekitar kabin. Untuk pastikan gajet elektronik sentiasa ada bateri, 9 unit USB-C disediakan dan satu pad pengecas 50W ada untuk pengecasan secara wayarles.
Anda boleh layari laman rasmi Zeekr 009 Malaysia untuk maklumat lanjut.